SYARIKAT pengeluar makanan tersohor, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) prihatin terhadap aduan pengguna mengenai ketupatnya yang dikatakan lembik apabila dimasak dengan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf, serta memberi jaminan akan menukar jenis beras yang diguna.
“Untuk makluman, pihak Adabi telah pun mengambil langkah untuk menukar beras yang digunakan agar perkara ini tidak berulang. Adabi menghargai maklum balas dari pihak pengguna kami di luar sana dan segala kesulitan berkaitan isu kualiti ketupat ini amat dikesali,” menurut kenyataan itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masakan
Sementara itu, ruangan komen Facebook Adabi menerima luahan pengguna mengenai ketupat Adabi yang dimasak lembik. Bagaimanapun masalah itu bukan dihadapi semua pengguna ketupat Adabi tahun ini kerana ramai juga yang mengakui ketupat yang mereka masak elok seperti biasa.
Namun membaca satu posting di laman Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN), tertanya-tanya pula sebab sebenar.
Menurut posting itu, ketupat lembik bukan disebabkan faktor beras tetapi kerana sukatan beras kurang dalam plastik, sebelum mengingatkan jangan dibuang bungkusan yang belum dimasak, boleh dikeluarkan daripada plastik dan boleh dimasak dengan kaedah yang disarankannya.
Seorang lain pula berkata, (andai nasi himpit lembik kerana faktor beras kurang), boleh dikecilkan plastik dengan melipat sedikit di salah satu tepi atau hujung plastik dan bakar dengan api lilin. Penulis lantas terfikir mungkin boleh dikecilkan plastik dengan diketip menggunakan pengokot. Tapi jika keselamatan jadi isu, tak perlu buat cara itu, katanya.
Dalam banyak-banyak komen yang kurang berpuas hati dengan mutu ketupat yang dikatakan lembik itu, ramai juga mengakui suka dengan ketupat lembik selain ada yang menyebut, tunggu sejuk baru potong.
Ternyata selera seseorang berbeza, ada menyukai ketupat keras dan ada yang gemarkan ketupat lembik, misalnya penulis sendiri sukakan kepada ketupat lembik daripada yang keras. Apa pun, Adabi tentunya akan membuat pemeriksaan lagi sebelum membaiki apa yang kurang dan mengeluarkan yang terbaik.
Sementara itu, ruangan komen Facebook Adabi dibanjiri luahan pengguna yang mengakui ketupat Adabi yang mereka masak lembik. Bagaimanapun masalah itu bukan dihadapi semua pengguna ketupa Adabi tahun ini kerana ramai juga yang mengakui ketupat yang mereka masak elok seperti biasa.
Apa pun, Adabi tentunya akan menyemak dan membuat pemeriksaan lagi untuk memastikan sebab sebenar.
Daripada ulasan netizen, yang dimasak menjadi lembik itu rata-rata adalah ketupat plastik kecil. Semoga kejadian kali ini tidak menghilangkan kepercayaan pengguna terhadap mutu produk Adabi kerana masalah yang berlaku itu boleh diperbetulkan segera.
Daripada komen netizen ternyata ramai peminat ketupat Adabi sejak awal ia dikeluarkan, dan mereka memuji kesedapan ketupat Adabi serta menjadi pengguna sejak berpuluh-puluh tahun lalu.
Sementara itu dalam kenyataannya juga, Adabi berpesan, pengguna yang berhadapan masalah tersebut (ketupat lembik) boleh menyalurkan aduan secara terus kepada mereka menerusi rangkaian media sosial rasmi Adabi. - KitaReporters