Selera & Santai 16 Aug, 2020

Wow, pelik dan unik! Aiskrim Indomie Goreng kini di pasaran!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

SIAPA sahaja suka menikmati aiskrim, dari orang muda sehingga tua gemar memakan aiskrim kerana rasanya yang enak dan menyejukkan badan ketika dimakan pada waktu panas. Namun pada zaman sekarang terdapat beberapa perisa yang unik untuk memikat si penggemar aiskrim. : KitaReporters


Lagi cerita berkaitan aiskrim:

https://kitareporters.com/search?search=aiskrim


Kini untuk anda yang ingin mencuba perisa aiskrim unik, bolehlah cuba aiskrim berperisa Indomie. Aiskrim ini telah diinspirasikan daripada mi goreng Indomie dan diberi nama Indomie Goreng yang telah dikeluarkan oleh syarikat aiskrim 'Holi Ice Cream'.



Siapa sahaja yang tak kenal Indomie dari negara jiran kita kan?

Pasti kita semua pelik dengan perisa baharu ini. Namun, aiskrim ini mempunyai bawang goreng yang ditabur di atasnya, yang menjadikannya unik dan berbeza.



Rata-rata netizen dalam Twitter memberi respons mereka tidak percaya akan ciptaan perisa baru ini dan menganggap ini satu penghinaan terhadap Indomie. Namun, tidak semua netizen begitu tetapi mereka semua bertanyakan apakah rasa sebenar aiskrim ini. Bukan itu sahaja, mereka juga mengatakan aiskrim ini kelihatan seperti lilin wangi di kedai perhiasan rumah.

Aiskrim Indomie Goreng ciptaan Stephen sendiri itu baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 10 Ogos 2020 lepas. Ia merupakan perisa terbaharu yang dikeluarkan oleh Holi Ice Cream ketika ini.

Ternyata ada aiskrim Indomie Goreng, ada sesiapa nak cuba perisa terbaru ini? - KitaReporters

0
1
0
0
0
You will be interested