Selera & Santai 04 Jan, 2022

Video| Tak masuk akal! Kudapan bentuk raksasa Loch Ness! Dijual lebih daripada RM297k dalam eBay!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this


ADA sesetengah individu yang suka sesuatu yang luar biasa atau pelik. Kadang-kadang ia langsung tidak bernilai buat sesetengah orang. Tetapi tidak bagi sesetengah pihak!

Adakalanya mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diidamkan. 

Justeru, mengetahui wujudnya insan seperti ini, seorang individu dari Amerika Syarikat (AS) telah mencuba nasib menjual sepotong makanan ringan atau kudapan jenama Cheetos yang berbentuk raksasa Loch Ness secara dalam talian.


Lagi kisah menarik berkaitan makanan ringan


Raksasa Loch Ness merupakan mitos dari negara Scotland. - Kredit foto: Google Image


Mungkin ada yang masih belum mengetahui apa itu raksasa Loch Ness. 

Menurut Wikipedia, raksasa Loch Ness atau Nessie merupakan makhluk mitos dalam kisah rakyat Scotland yang dikatakan mendiami Loch Ness di Tanah Tinggi Scotland dan sering digambarkan sebagai besar, berleher panjang, dan dengan satu atau lebih bonggol yang menonjol dari air. 



Lapor portal Daily Record, harga yang ditawarkan sangat mengejutkan iaitu lebih RM297,000 dengan saiz hanya sebesar ibu jari dewasa.

 Jualan itu dilakukan dalam web lelongan dalam talian terkenal, eBay.

“Cheetos ini mengingatkan saya akan Nessie, raksasa Loch Ness. Jika dilihat secara teliti kudapan Cheetos itu, anda mungkin berfikir ia serupa atau tidak dengan Nessie, tapi saya fikir memang serupa. Saya tidak membuatnya tetapi menemuinya dalam bungkusan Cheetos yang dibeli,” tulis penjual terbabit pada 3 Januari 2022 lalu.



Menurut penjual itu lagi, dia tidak mempamerkan bungkusan asalnya tetapi ia dikira sekali dalam pembelian. Malah dia tidak mengsyorkan pembeli untuk memakannya tetapi hanya dijadikan koleksi peribadi.

Dalam iklan tersebut juga, penjual menjelaskan ia membungkus barang tersebut dengan berhati-hati namun sekiranya berlaku kerosakan setelah dihantar, maka dia tidak bertanggungjawab atas masalah itu.

Sebenarnya ini bukanlah kejadian pertama kerana hal yang sama pernah terjadi apabila satu kerepek Cheetos dijual dengan harga RM1,000 lebih. Macam-macam hal! - KitaReporters



17
15
0
11
0
You will be interested