Banyak tip yang dikongsikan melalui video atau foto dalam media sosial bagi membantu memudahkan urusan kehidupan seharian kita dengan sangat mudah yang selama ini kita tidak tahu dan amat bermakna untuk digunakan semula.
Tular satu perkongsian dalam kehidupan yang boleh diguna pakai di dapur dari sebuah video yang tular di TikTok. Apa yang menariknya penutup botol minyak boleh digunakan untuk memudahkan kehidupan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan botol
Di mana, rata-rata daripada kita selalunya akan membuang sahaja penutup botol tersebut.
Namun tahukah anda semua fungsi penutup botol tersebut?
Cara-caranya ialah tarik tab tersebut dengan terbalikkannya dan sumbat balik ke dalam botol minyak. Jika ia disumbat balik ke dalam botol, aliran minyak keluar akan lebih terkawal dan tidak akan keluar dengan banyak secara mendadak.
Jadi ia sangat memudahkan kehidupan ketika semasa memasak di dapur!
Rata-rata netizen yang melihat video ini berasa sangat terkejut kerana tak pernah terfikir langsung. Mereka semua berterima kasih di atas panduan yang sangat
berguna ini.