Lazimnya yang mempunyai tabiat menjamah makanan pelik hanya berlaku kepada ibu mengandung, ada sahaja hidangan yang diidamkan sepanjang tempoh itu. Jika keinginan berkenaan adalah hidangan yang sihat semestinya bagus dan memberi kebaikan kepada kandungan.
Tapi bagaimana pula jika yang memiliki tabiat luar
biasa itu bukan daripada golongan ibu mengandung tetapi seorang lelaki, mesti
pelik?
Tapi itulah yang berlaku kepada seorang warga emas,
Ramdas Bodke di Maharashtra, India yang mempunyai tabiat makan yang pelik dan luar biasa.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kejadian pelik:
https://kitareporters.com/search?search=pelik
Lelaki warga emas itu dipercayai menjadikan batu seberat 250 gram sebagai makanan hariannya sejak 32 tahun yang lepas.
Alamak dah lama sangat tu… Ini bermakna dia mengamalkan
tabiat pelik itu ketika usianya 46 tahun.
Memetik laporan India.com, Ramdas yang berasal dari Kampung Adarki Khurd itu beralih mempunyai tabiat makan luar biasa selepas mengalami sakit di dalam perut.
Walaupun telah mendapat rawatan di klinik namun penyakit yang dialami itu tidak sembuh.
Keadaan itu menyebabkan Ramdas bertemu seorang perawat tradisional di kampungnya dan meminta dia mengamalkan memakan batu seberat 250 gram setiap hari.
Sejak daripada hari itu, dia terus menjadikan batu sebagai makanan rutin yang diperlu dijamah setiap hari.
Pelik juga.. tak tercabut ke gigi kunyah batu setiap hari.
Bagaimanapun sejak mengamal petua pelik itu, lelaki berkenaan tidak lagi menanggung sakit pada bahagian perut.
BERSELERA walaupun keras tapi kelihatan enak dan menyelerakan. - Kredit foto India .com
Kisah dia menjamah batu sebagai makan rutin menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini.
Malah video yang tular kelihatan Ramdas terpaksa
mengetuk batu supaya menjadi kecil bagi memudahkan dia mengunyah.
Lebih melucukan dia mengunyah batu berkenaan kelihatan
seperti menjamah makanan sedap dan menyelerakan seperti mengunyah sebiji
coklat.
Namun lelaki itu menjelaskan dia terpaksa menjamah
hidangan ‘istimewa’ itu secara sembunyi berikutan keluarganya yang tidak
membenarkan dan menyifat tindakannya adalah lain daripada manusia biasa.
Semoga tiada penyakit lain pula timbul selepas ini
dengan pengambilan hidangan luar biasa itu.
Macam-macam kan… Pelbagai makanan yang ada di muka bumi
ini batu juga yang dipilih. - KitaReporters