KEPUTUSAN untuk membatalkan pembukaan Bazar Ramadan tahun 2021 ini berikutan penularan Covid-19 di negeri itu masih tinggi. - Kredit foto: freemalaysiatoday.com.
PENGANJURAN Bazar Ramadan di Satok, Semarak dan Sukma Ria pada tahun ini terpaksa dibatalkan berikutan penularan Covid-19 di Sarawak masih berada pada tahap membimbangkan.
Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Dr
Morshidi Ahmad mengesahkan keputusan berkenaan dan menyifatkan pembukaan Bazar
Ramadan menjadi tumpuan ramai dan dibimbangi meningkatkan risiko berlaku kontak
rapat dalam kalangan orang awam.
"Ini akan memberi kesan kepada kebarangkalian
untuk berlaku penularan COVID-19, sekali gus usaha kerajaan untuk membasmi
wabak ini sepenuhnya tidak dapat dilaksanakan.
"Kita sepakat membuat keputusan membatalkan Bazar
Ramadan 2021 selepas mengambil kira keadaan semasa COVID-19 di Sarawak demi
keselamatan semua," katanya dalam kenyataan media di Kuching, pada Rabu 7 April 2021.
Dalam pada itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching
Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng pula
berkata, pihaknya mengambil keputusan sama dengan membatalkan Bazar Ramadan di
tempat letak kereta Pasar Basah Stutong.
"Kami juga berpendapat jika Bazar Ramadan
diteruskan juga, risiko penularan semula COVID-19 berlaku. Kami mengambil kira
kepentingan awam demi membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID-19,"
katanya. - KitaReporters