Selera & Santai 20 May, 2021

Terima kasih Shamzana! Sumbang bekalan ikan, lala kepada penduduk kena PKPD di RAKR Pelagat 3!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Penduduk RAKR Pelagat 3, Jertih yang dikenakan PKPD menerima sumbangan ikan dan lala daripada Shamzana Mahasan.


SIKAP pemurah dan prihatin seorang usahawan wanita terhadap penduduk RAKR Pelagat 3, Jertih, Terengganu, yang terpaksa hidup dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 14 Mei 2021 mendapat pujian masyarakat setempat apabila beliau tampil menghulurkan sumbangan barang basah kepada penduduk terbabit. 

Shamzana Mahasan, 35, yang terharu dengan nasib penduduk di kawasan PKPD terbabit ingin berkongsi masalah yang dihadapi kerana mereka tidak dapat keluar selepas dikelilingi kawat berduri dan sudah tentu memerlukan bantuan dalam tempoh pelaksanaan perintah tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usahawan wanita

Shamzana Mahasan


Terpanggil dengan keadaan tersebut, Shamzana atau lebih mesra dengan panggilan “Na” membuat keputusan untuk menyumbangkan barangan basah berupa ikan dan siput lala kepada penduduk terbabit.

Katanya, walaupun pihak berkuasa sudah menyediakan keperluan barangan dapur kepada penduduk yang terkesan, tetapi beliau tekad untuk turut menyumbang berupa barangan basah.


Sukarelawan sedang mengasingkan ikan-ikan untuk diagihkan kepada penduduk


Hasrat beliau tercapai apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Besut yang bertanggungjawab mengurus perbekalan barangan keperluan membenarkan beliau menggunakan saluran berkenan untuk disampaikan kepada penduduk.

“Saya gembira apa permintaan untuk menghulurkan sumbangan diberi kebenaran oleh JKM kemudian diedarkan oleh petugas terbabit,” katanya.


Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) siap sedia membawa bungkusan ikan dan lala untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan PKPD RAKR Pelagat 3, Jertih.


Susulan itu, sumbangan usahawan muda terbabit dapat disalurkan kepada penduduk berkenaan pada Rabu 19 Mei 2021.

Berikutan itu, seramai 145 keluarga terbabit melahirkan perasaan gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Shamzana di atas kesudian beliau menyumbangkan bahan basah berkenaan.


Anggota APM Besut  Ahmad Faiza Mohamad menyerahkan bungkusan ikan dan lala kepada suri rumah Rahimah Latif di RAKR Pelagat 3, Jertih


Shamzana bukanlah asing kepada penduduk daerah Besut kerana beliau antara usahawan wanita dalam bidang hartanah paling berjaya di Negeri Terengganu, dan sering membantu golongan yang memerlukan bantuan

“Sempena program agihan itu beliau menyumbangkan 150 kilogram ikan dan makanan laut lala kepada penduduk terbabit,” katanya. - KitaReporters


Lala yang siap dimasak

 

38
7
5
4
2
You will be interested