Selera & Santai 15 Feb, 2024

Video| Di sebalik sejarah, kemodenan Xi'an menyerlah! Antara bandar menarik di China perlu dilawati!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this



Sebelum ini kita lebih mengetahui Beijing,  Shanghai dan Ghongzou apabila bercerita tentang China. 

Rata-rata pelancong satu ketika dahulu menjadikan ketiga-tiga bandar tersebut sebagai destinasi untuk bercuti. Malah ramai yang berebut ke Guangzhou untuk membeli barang perniagaan mereka. 

Namun sejak akhir akhir ini nama Xi'an sebuah wilayah di barat China mula menjadi sebutan. Jika merancang bercuti ke China tahun ni (2024),  Xi'an adalah destinasi paling tepat untuk bertukar angin. 

Xi'an adalah salah satu kota lama yang sangat penting dalam sejarah China dan pernah menjadi ibu negara untuk beberapa dinasti seperti Dinasti-dinasti Zhou, Win, Han, Sui, Tang dan lain-lain. Sebelum ini, semasa Dinasti Ming, Xi'an dikenali dengan nama Chang'an. 




Dengan sejarah selama hampir 3,200 tahun,  percutian ke Xi'an boleh membuatkan anda kagum dengan China dan tamadunnya yang unik. 

Xi'an dianggap sebagai tempat kelahiran Tamadun China dengan sejarah lama dan merupakan ibu negeri wilayah Shaanxi, yang juga penghujung jalan Laluan Sutera. 

Peluang untuk bertugas di Xi'an merupakan rezeki  bagi Muhammad Safwan Omar. Turut serta memeriahkan kehidupan di sana isterinya Nur Aqila Dayana Osman dan dua anak mereka, Nur Aulia Sofia dan Muhamad Saif Aryan. 

Xi'an memang satu wilayah yang cantik. Pembangunan bergerak seiring dengan kukuhnya sejarah dan tamadun bermulanya sejarah kepimpinan Islam. 


Famili Muhammad Safwan Omar, Nur Aqila Dayana Osman, Nur Aulia Sofia dan Muhamad Saif Aryan.



Teruja menikmati salji sebaik tiba di Xian adalah satu anugerah buat keluarga Muhamad Safwan. 

“Tidak sangka pula dua hari selepas kami tiba pertengahan Mac (2024) lalu salji turun. Memang rezeki anak anak," katanya. 

Menurut Safwan, dapat juga mereka menikmati cuaca sejuk dan cantiknya tempat bermain salji di Baluyyuan. Musim salji di Xi'an bermula pada awal Disember sehingga Mac. 

Malah mereka juga sempat berjalan jalan sekitar bandar Xian untuk melihat bangunannya yang moden dan kreatif seni binaannya. 

Terdapat pusat beli belah yang hebat lengkap dengan kemudahan dan restoran dan kafe ternama dunia. 

“Syukur kami dapat berjumpa kedai dan restoran makanan halal. Walaupun makanannya masih tak diterima, tekak kami boleh menikmatinya dengan yakin," kata Safwan. 

Pasangan suami isteri ini turut membawa bekalan rempah ratus dan makanan segera untuk mereka sekeluarga. Jadi rindu pada masakan Malaysia terubat juga nanti. 

Terjumpa Muslim Street di Hummit yang dipenuhi dengan peniaga Islam. Juga restoran Muslim yang menjual makanan halal melegakan mereka sekeluarga. “Namun perlu masa untuk sesuaikan dengan selera ,“ kata Safwan. 




Peluang berkenalan dengan rakyat Malaysia yang bekerja di Xi'an juga satu anugerah berharga di negara orang. 

“Dapatlah kami bertanya selok belok bandar Xi'an dan di mana untuk mendapatkan makanan halal serta tempat menarik untuk dikunjungi. 

“Malah kami tidak merasa terasing apabila dapat berkenalan dengan mereka yang telah lama menetap di Xi'an," jelas Safwan lagi. 

Mereka berkenalan dengan Alia dan suaminya Hakim seorang guru di Xi'an serta Saiful yang mana isterinya petugas di Konsulat Malaysia. 

Apapun menurut Safwan dan Nur Aqila, Xian sangat cantik dan bersih. Cuaca sangat baik walau sejuknya sampai ke tulang hitam. Sesekali matahari muncul menyegarkan suasana. 

Bangunan tinggi juga bercambah petanda ia sangat pesat membangun. Sejarah Xi’an dicatat dari awal tamadun sehingga kepada era Maharaja dan seterusnya kemodenan.




Xi’an disenaraikan sebagai salah satu bandar yang wajib dilawati di China. Xi’an sangat terkenal dengan Terracotta Warriors yang menjadi simbol antarabangsa kepada sejarah China. Lawatan ke muzium Xi’an satu kemestian. 

Terracotta Warriors merupakan tinggalan Maharaja Qin Shi Huang yang dibina, dipercayai akan bersamanya dalam kehidupan seterusnya setelah dia meninggal dunia.

Berada di Xi’an, makanan halal tidak menjadi masalah malah anda boleh mencuba pelbagai jenis makanan China yang sedap.

Tidak perlu ragu-ragu, tidak perlu risau, anda perlu ke Hui Min Jie untuk menikmati makanan halal dan menyelerakan.

Banyak lagi lokasi menarik yang boleh diteroka apabila berada di Xi'an. Jangan lupa masukkan Xi'an dalam destinasi melancong anda tahun ini (2024). - KitaReporters


9
10
0
14
0
You will be interested