Kredit foto: KKday.com
Lumrahnya pelukis melukis berdasarkan sesuatu penceritaan dalam benaknya, begitu juga kanak-kanak. Apa yang dilakarkan, tentunya ada sesuatu dalam fikirannya yang ingin diterjemahkan seperti daripada pengalaman sebenar atau atau sekadar ilham atau pun bayangan.
Cuba kita tanya pelukis, apakah di sebalik ilham lukisan itu, tentunya dia akan memberi ulasan maksud lakarannya. Begitu juga kanak-kanak, boleh memberitahu apa maksud lukisannya itu.
Penonton atau orang lain yang melihat pula mempunyai pandangan atau intepretasi mengikut kefahaman setiap mereka dan terkadang apa yang difikirkan oleh yang melihat langsung tidak sama dengan apa yang hendak disampaikan pelukis.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan karya lukisan
Itulah yang terjadi dalam satu status yang mula bertebaran dalam laman Facebook iaitu mengenai sekeping lakaran kartun yang dilukis oleh seorang pelajar.
"Jem cikgu sekejap", kata satu status merujuk gambar terbabit yang dikongsi dalam Facebook.
Kapsyen pada gambar itu antara lain berbunyi, "Cikgu panggil budak yang lukis gambar itu, Ada apa apa masalah sampai nak kena lukis satu keluarga gantung diri?
"Dan jawapan budak itu, dia baru balik daripada bercuti di Pulau Redang, tu gambar dia orang bersnorkeling!
"Klimaks, adalah jawapan daripada budak itu yang langsung tiada kena mengena dengan apa yang difahami cikgunya."
Majoriti netizen terkedu dengan jawapan budak itu kerana ramai menyangka lakaran kartun itu adalah aksi gantung diri berkumpulan - 4 orang sekeluarga.
Yang disangkakan tali tergantung dari kepala rupa-rupanya adalah tiub 'snorkel` dan 'gorgle'- alat pernafasan sewaktu berenang di dalam air laut atau melakukan selam snorkel.
Mengetahui hal sebenar, netizen meluahkan perasaan tak sangka masing-masing kerana rasa seram pada awalnya sudah bertukar lucu.
Komen 1: Bodo la, aku tak larat gelak!
Komen 2: Ha ha ha ha ha ha... aku gelak sampai anak tersedar daripada tidur.
Komen 3: Lukisan ikhlas yang disalah erti. Memang pun sekali pandang (gambar) seram.
Komen 4: Aku tengok pun seram!
Komen 5: Memula tengok gambar seram juga, baca kapsyen terus gelak. Bagus cikgu `alert` dengan anak murid. Baca komen-komen lagi sakit perut gelak tak berhenti!
Komen 6: Bila tengok balik, rupanya ada yang pakai bikini. Betul la dia orang snorkeling.
Komen 7: Depa sekeluarga pakai baju renang, snorkeling dan pakai alat gorgle lagi. Salah faham cikgu dah terjawab. Awak kreatif la adik. Biarpun awak lukis Cikgu tak faham tapi lukisan awak tu hehe bikin kontroversi. Apa pun cikgu bagus sangat prihatin dengan murid. Tak kurang juga turut berkongsi cerita seakan yang mereka alami yang juga lucu.
Komen 8: Teringat pasal anak waktu kecil dulu, dia lukis pemandangan orang bercuti di tepi pantai, ada pokok kelapa tinggi besar di tepi pantai, ada sekeluarga duduk berkelah makan makan bawah pokok kelapa. Aku duduk tengok dia melukis tiba-tiba dia padam pokok kelapa tu, aikk kenapa padam pokok? Kan cantik ada pokok kelapa tu, anak jawab, tak mau la ibu nanti pokok kelapa rebah dtiup angin nanti hempap orang ramai di bawah pokok tu, kan kesian nanti.. hmm ya la nak.
Komen 9: Tak pe nak, Mak Cik pun pernah. Cikgu bagi soalan periksa pemandangan di tepi pantai, makcik buatlah, ada org berenang, pokok kelapa sebatang, batang besar, daun dua tiga helai. Sekali cikgu tanya..kenapa ada BIAWAK??
Bukan biawak la cikgu, tu orang tengah baring berjemur... - KitaReporters
Kredit foto: abyss.com.au/