Selera & Santai 29 Jul, 2024

Video| Ku sangka biji sawi rupanya biji selasih! Dapatlah kobis goreng mamak biji selasih! Makan je!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Pernahkah anda mengalami kekeliruan ketika memasak? Seperti garam disangka gula dan sebaliknya. Manakala sos lada hitam disangka sos tiram. Malah biji selasih disangka biji sawi. 

Kebiasannya kekeliruan ini berlaku kerana ketika memasak fikiran melayang entah ke mana. Tidak pun, ia berlaku disebabkan bahan masakan hampir sama bentuk warnanya.

Sebenarnya ini perkara biasa tapi melucukan. Kadang-kadang ia sempat dibaiki kalau tersedar awal. Kalau tak, sama ada dibuang atau telan sahajalah. Nak buat macam mana, bukan disengajakan.


Biji sawi (kiri) dan biji selasih. - Kredit Foto: Google Image


Kisah lucu ini terjadi kepada sorang wanita. Dia berkongsi video lauk kubis goreng tersebut dalam TikTok.  

Sekali imbas tiada yang salah dengan masakan kubis goreng ala mamaknya itu. Namun, apabila diperhati betul-betul ternyata ada tidak kena dengan salah satu bahan yang digunakan.

"Sekali buka tudung nak makan. Mak aiii dia kembang tekak pula. Rupa-rupanya tadi letak biji selasih bukannya biji sawi. Berdekah suami kita ketawa. Malas nak komen. Perempuan mana pernah salah," tulisnya.


Kubis goreng mamak. - Kredit Foto: Google Image


Ya, kalau ikutkan resipi kubis goreng ala mamak, biji sawi digunakan dan bukannya biji selasih. Biasanya biji selasih digunakan untuk membuat air sirap. 

Namun mungkin disebabkan kedua-dua bahan ini hampir sama, jadi tidak hairanlah kalau tersilap.

Perkongsian tersebut mengundang gelak tawa dalam kalangan netizen. Rata-rata terhibur dengan perkongsian lucu itu. Rupa-rupanya ramai juga yang pernah melalui pengalaman sama. Bezanya yang tersilap itu adalah si suami.



"Sama dengan laki aku. Suruh dia beli biji sawi nak masak kari. Masa nak tuang kita pelik mana hilangnya biji sawi. Hah, makanlah kari selasih," cerita salah seorang netizen.

Manakala seorang lagi netizen lain sikit ceritanya. Dia hendak membuat air sirap selasih tetapi tersalah guna bijan hitam. 

"Saya pula nak minum sirap selasih. Rendam punya lama tak kembang-kembang. Rupa-rupanya bijan hitam. Adoi, di bungkusan plastik tulis biji selasih. Kita main ambil sahajalah tengok nama dah sama," tulisnya.



Sebab itu orang cakap jangan kuat berangan apabila berada di dapur. Macam-macam kejadian akan berlaku. Itu belum lagi lauk semuanya sudah siap dimasak. 

Apabila nak ambil nasi, tengok-tengok nasi masih bertakung air. Rupa-rupanya terlupa nak tekan butang memasak. Tak ke haru dibuatnya. - KitaReporters


9
13
0
14
0
You will be interested