
Pasar Karat Loken atau dikenali sebagai Memory Lane di Ipoh memang tidak asing kepada penggemar barangan lama, terpakai dan antik di ibu negeri Perak ini. Pasar Karat Loken di Jalan Horley itu beroperasi setiap hari Ahad bermula jam 7 pagi sehingga 12 tengah .
Pasar karat
itu menjadi tumpuan kepada penggunjung pada hari minggu setiap bulan kerana ia
menarik perhatian khalayak.
Keistimewaan
Pasar Karat Loken kerana terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual sperti
koleksi barang-barang antik dan vintaj seperti perabot lama, peralatan dapur
klasik, syiling lama, setem, barangan elektrik, buku-buku lama, majalah, kasut,
barangan motosikal dan sebagainya.
Ia menjadi destinasi yang amat digemari oleh pencinta vintaj dan peminat barang antik kerana pelbagai barangan tersebut boleh didapati di Pasar Karat Loken.

Pengunjung boleh
merasai pengalaman kerana pelbagai barangan yang tidak pernah dilihat dan ada
yang sukar didapati boleh ditemui di pasar karat itu.
Bagi
penggemar dan pengumpul barangan antik pula, mereka sudah tentu tidak melepaskan
peluang kerana kebanyakan barangan antik dan vintaj yang dijual merupakan
barangan rare (sukar ditemui).
Sesiapa sahaja datang ke Ipoh sudah pasti akan berkunjung ke Pasar Karat Loken. Di sini juga menjadi tempat tawar menawar untuk mereka yang mahu membeli barangan yang diminati.

Pada Mac
2020, Pasar Karat Loken ditutup selama empat bulan kerana pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) bagi
mengekang wabak pandemik koronavirus (Covid-19).
Namun begitu
ia dibuka semula pada 19 Julai 2020 secara penggiliran setiap minggu dan ia
kembali beroperasi sepenuhnya selepas berakhirnya wabak tersebut.
Kini, Pasar Karat Loken menjadi salah satu destinasi tumpuan termasuk pelancong. Kemeriahannya dan suasana sibuk tidak terasa apabila kita menelusurinya sambil melihat peniaga dan pengunjung yang pelbagai bangsa berkunjung di pasar berkenaan. - KitaReporters
