Selera & Santai 28 Sep, 2022

Untungnya dia! Dapat suami baik hati, kreatif! Masak dan hiasi makanan berpantang isteri tercinta!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Seorang isteri pasti sangat gembira apabila dijaga dengan penuh kasih sayang oleh seorang suami semasa mereka sedang berpantang setelah melahirkan anak.

Kebiasaanya wanita berpantang akan dijaga dengan sangat baik oleh ibunya sendiri yang sangat berpengalaman kerana mereka sangat selesa.

Namun lain pula dengan seorang wanita ini apabila beliau telah dijaga oleh suaminya sendiri dalam sebuah perkongsian dalam Twitter.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masakan dan makanan


Wanita ini membuat perkongsian gelagat si suami yang menyediakan makanan berpantangnya dengan sangat kreatif yang dimasak olehnya sendiri

Rata-rata netizen yang melihat posting makanan pantang yang dibuat oleh suaminya memuji kerana hiasan makanannya itu dalam bentuk yang sangat comel dan unik.

Alhamdulillah, wanita ini dapat suami yang sangat baik dan ikhlas menyediakan makanan pantang kepadanya. Bergembiralah selalu di samping suami tercinta. - KitaReporters


14
17
0
14
0
You will be interested