SEBUT sahaja Temerloh, Pahang, pasti anda akan terus teringat ikan patin tempoyak. Gulai tempoyak ikan sungai ni masakan tradisional orang-orang belah Ulu Tembeling. Orang belah sana kalau masak ..... aduhh!!! Papaleh sedap amat weh!!! : KitaReporters.com
Gambar Hiasan
Masak pulak dengan periuk atas dapur kayu ..... rasa keasliannya terserlah. Tak sama macam kita makan di kedai.
Sesetengah orang memang tak tahan dengan bau ikan darat (sungai, paya, tasik). Apatah lagi ada yang tidak pernah pun merasainya.
Tapi orang belah sini kalau masak tak ada bau ikan sungai tu.
Gulai tempoyak ikan patin salah satu gulai kegemaran orang Pahang terutama yang tinggal di daerah Pahang Barat seperti Lipis, Jerantut, Temerloh, Raub dan sekitarnya lebih-lebih lagi jika ikannya adalah dari sungai Pahang.
Gambar Hiasan
Biasanya ikan yang digunakan dalam gulai tempoyak ialah ikan patin.
Ikan patin pulak terdiri dari dua jenis iaitu ikan patin sungai (liar) dan patin sangkar sungai. Yang paling sedap dimasak gulai tempoyak adalah ikan patin sungai dan harganya juga mahal.
Harganya antara RM100 hingga RM300 sekilo. Ikan patin sungai ni ada beberapa jenis seperti patin juara, patin buah dan patin muncung.
Ikan patin sangkar sungai pula berharga antara RM15 hingga RM17 sekilo.
Ikan patin sangkar sungai diternak di dalam sangkar di pesisir sungai Pahang yang airnya mengalir sepanjang masa menjadikan ikan tersebut tidak berbau hanyir berbanding yang diternak di kolam-kolam. (Sumber laman sesawang JPN Temerloh)
Gambar Harian Metro
Mark Weins turut sama merasai Ikan Patin Tempoyak
Ada yang sanggup naik moto berkonvoi untuk merasai keenakan Ikan Patin Tempoyak Temerloh.
Ia bukan sahaja menjadi kegemaran rakyat Malaysia malah Youtuber atau Vlog terkenal Mark Weins yang mendapat tontonan satu juta turut mengembara ke Temerloh untuk merasai sendiri masakan tersebut.
Oleh itu, wartawan Mojo KitaReporters turut sama terjah salah satu kedai makan yang menyediakan masakan Ikan Patin Tempoyak yang sangat "fresh" ikannya.
Kancil Raja Patin menjadi destinasi terjah Selera. Kedainya terletak No 2A, Kampung Bangau Tanjung Temerloh, 28000 Pahang. Betul-betul di tepi sungai Pahang.
Cawangan di Danau Kota, Kuala Lumpur
Terdapat banyak kedai makan yang menyediakan juadah Ikan Patin Tempoyak. Tapi kali ini kita singgah makan di kedai tersebut yang antara yang viral dalam media sosial.
Kedai tersebut bukan sahaja menyediakan Ikan Patin Tempoyak semata-mata, malah ada juga Pais Ikan Patin, Pais Udang dan lauk-pauk kampung masakan melayu dan yang paling menarik juga gulai lemak udang galah.
Untuk orang-orang Lembah Kelang, Patin Raja Kancil ade cawangannya di Danau Kota,K.L. Jadi mana yang teringin tuh boleh la dapatkan.
Gambar Hiasan
Kancil Raja Patin juga menyediakan pelbagai promosi seperti jika anda makan dan sambil itu "post dan muat naik" dala instagram, anda juga akan dapat diskaun. Best kan??
Owh ye...jangan tak tau pulak, kedai tersebut turut menerima pembayaran e-Wallet. Jadi jika anda penerima RM30.00 e-wallet, bolehlah berbelanja di sana.
Jadi cakap banyak pun tak guna. Kita layan video ini yang disediakan oleh wartawan Mojo KitaReporters.
Tidak kisah kedai mana sekali pun, yang penting masakannya sedap dan masing-masing ada cita rasanya yang tersendiri. - KitaReporters.com