Selera & Santai 23 Oct, 2023

Majlis makan malam Saturday Nite Fever! Pertemuan santai Sahoca Bikers! Bagi sambung silaturahim!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this

Kelab Sahoca Bikers Legends... Bersahabat bersaudara beramal


Bersahabat sampai ke hujung nyawa! Demikian yang dapat digambarkan dalam ukhuwah dalam kalangan Kelab Sahoca Bikers Legends yang ditubuhkan lebih 7 tahun lalu. 

Bukan setakat bersama menunggang motosikal tetapi Sahoca Bikers turut menyemai hubungan persahabatan sesama ahli bagi menjalin ukhuwah supaya kekal bersahabat dan bersaudara dalam susah dan senang. 

Selain melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kerja amal, ia dilihat sebagai satu ruang mengisi masa yang berbaki ke arah kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan. 


Ahmad Zahir Hamzah (kiri) dan Shamsulbadri Ishak


Terkini satu majlis makan malam yang dinamakan  "Saturday Nite Fever"  akan diadakan bagi menghimpun grup Sahoca Bikers dalam satu majlis ramah mesra yang bertujuan menyambung hubungan persahabatan sambil bertanya khabar

"Setelah menjelajah dan berbuat kerja amal di sepanjang tahun Sahoca Bikers juga membuka ruang kepada ahli-ahli untuk bersantai dan berhibur, " kata pengerusi penganjur, Ahmad Zahir Hamzah. 

Saturday Night Fever akan berlangsung di Kafe Santai D'Sungai, Derga di Jalan Datuk Kumbar,  Alor Setar, Kedah pada 4 November 2023 depan. 

Pelbagai acara telah diatur untuk memeriahkan majlis tersebut yang disifatkan sebagai pertemuan antara bekas guru dan bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) Alor Setar yang menjadi ahli Sahoca Bikers. 

Acara kemuncak adalah meraikan salah seorang ahli yang aktif Shamsulbadri Ishak yang dilantik menjadi Pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid sejak September 2023.

"Pelantikan Shamsulbadri adalah satu pengiktirafan kepada Sahocs Bikers kerana beliau memang sangat berwibawa dan komited," kata Ahmad Zahir, yang juga penasihat Sahoca Bikers. 



Sementara itu Sahoca Bikers yang ditubuhkan lebih kurang 7 tahun lalu dianggotai bekas guru dan bekas pelajar KSAH dari pelbagai latar belakang dan usia. 

"Grup Sahoca Bikers ini sangat santai. Bekas guru dan bekas murid boleh bersama-sama membuat aktiviti dan bergaul dengan masyarakat tanpa mengira penat dan masa," ujar jurucakap Kelab Sahoca Bikers Legends, Sarizal Johari.

Majlis malam kali ke-4 ini adalah acara tahunan Sahoca Bikers akan dipenuhi dengan bacaan doa selamat, BBQ  cabutan bertuah dan lain lain. 

"Kami mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Sahoca Bikers bagi memeriahkan malam Saturday Nite Fever itu. 

"'Ia bukan sekadar hiburan tetapi majlis bertemu semula rakan-rakan pelajar dan guru dari seluruh negara dalam satu majlis santai yang pastinya mengembalikan nostalgia zaman persekolahan," jelas Sarizal lagi. 


Majlis bacaan yasin dan tahlil juga menjadi acara tetap Sahoca Bikers. 


Menurut Sarizal setakat ini jumlah peserta yang akan menyertai sudah melebihi 50 orang. "Kami menjangka kehadiran akan bertambah dengan sambutan setakat ini, " tambahnya. 

Ahli Kelab Sahoca Bikers Legends dan bekas pelajar KSAH yang ingin hadir boleh menghubungi Ahmad  Zahir Hamzah melalui talian 011- 69715310 dan Sarizal Johari 013-6688236. Bayaran hanya RM30. 

Atau boleh mendapat maklumat lanjut di https://maps.app.goo.gl/8DqLEqWQo8jNNAML9. Pendaftaran pula di https://forms.gle/RYccSG1vcSqJUtSA8. - KitaReporters


Menyumbang sejadah kepada mangsa banjir di Baling antara kerja amal Sahoca Bikers 

16
2
0
11
0
You will be interested