Selera & Santai 28 Jul, 2022

Bestnya dapat berkelah tepi sungai! Perkelahan pesara JPN Kedah! Dah lebih 10 tahun tak bertemu!

@che saad noordin
Che Saad Noordin bekas stringer Bintang Timur, Utusan Malaysia/Utusan Melayu, Watan Harian, TV3, RTM dan Bernama untuk daerah Baling dan sekitarnya

Share this

Kredit foto-foto: Che Saad Noordin


LEBIH 150 pesara Jabatan Pertanian Negeri (JPN) Kedah (JPNK) termasuk yang pernah bertugas di beberapa negeri di Semenanjung berkumpul dan mengadakan perkelahan keluarga di Kampong Tok Wak, Ulu Legong, di Baling, Kedah pada 27 Julai 2022 lalu,

Mereka ada yang datang bersama keluarga dari Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Perlis.

Sebahagian daripada pesara-pesara JPN Kedah bergambar kenangan selepas majlis perkelahan di Kampong Tok Wak, Ulu Legong, di Baling pada 27 Julai 2022.


Abd Halim Mohd Noor (kiri) menyampaikan hadiah kepada pesara-pesara yang hadir sebagai tanda kenangan oleh pihak penganjur perkelahan.


Grup WhatsApp yang dikendalikan oleh Abd Halim Mohd Noor, 65, memberitahu KitaReporters, sebaik dicadangkan program santai ini yang dibuat di tepi Sungai Ulu Legong di Kampung Tok Wak di Baling itu, program tersebut mendapat sokongan lebih 150 bekas pesara dalam masa seminggu.

Menurutnya, selepas bersara mereka tidak pernah bertemu lebih 10 tahun cuma berhubung melalui Grup WhatsApp sahaja.
Kesemua peserta bersama keluarga bermalam di chalet bersebelahan Kampong Tok Wak.




Sementara itu, pesara JPN Kedah, Omar Jaafar, 65, berkata semua peserta berpuas hati dapat bertemu semula dan jika ada kelapangan akan dibuat lagi tidak lama lagi.

Jelasnya, untuk jamuan makan tengah hari, mereka dihidangkan dengan makanan nasi lemang daun leret, gulai kawah daging dengan rias pisang, ulam-ulam kampung serta daging bakar.
Selesai makan tengah hari, semua peserta termasuk keluarga dijamu dengan durian tempatan pula.
Katanya lebih mengembirakan, ada yang mengambil berkesempatan makan bersama keluarga di Sungai Ulu Legong dengan meletakkan dengan meja dan kerusi.

Seorang pesara wanita, Salmiah Ali, 65, berkata sejak bersara inilah pertama kali dapat bertemu rakan-rakan setugas pada satu masa dulu. 



Dalam pada itu, Omar berkata, keputusan telah dibuat agar program seperti ini akan diadakan setiap tahun sebagai satu usaha merapatkan hubungan dan ukhuwah pesara-pesara yang kini kebanyakannya berusia 65 hingga 70 tahun. - KitaReporters



Menikmati hidangan makanan tengah hari bersama keluarga di Sungai Ulu Legong.
10
12
0
10
0
You will be interested