Selera & Santai 22 Oct, 2024

Dia datang balik! Karnival Pantai Terengganu diaktifkan semula! Bagi promosikan sektor pelancongan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this


KERAJAAN Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) dan semua Pejabat Daerah di negeri ini meneruskan kesinambungan penganjuran Karnival Pantai Terengganu (KPT) 2024 yang diadakan dari 17 hingga 20 Oktober 2024. 

Dua karnival serentak  dengan kerjasama syarikat White Event yang turut manganjurkan Karnival Makanan, yang berlangsung selama enam hari bermula 17 hingga 23 Oktober 2024. 

Kedua-dua program itu diadakan di lokasi yang sama iaitu di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus.



KPT 2024 dijadikan sebagai 'One Stop Centre' yang menghimpunkan pelbagai keunikan elemen kesenian, kebudayaan, dan warisan daerah-daerah untuk ditonjolkan kepada pengunjung dan pelancong bagi merasai sendiri aktiviti gaya hidup masyarakat Melayu dahulu berkonsepkan “Muzium Hidup”. 

Kira-kira 100,000 pengunjung tempatan dan luar Terengganu dilaprkanmembanjiri karnival yang dijalankan serentak itu.

Acara ini bertujuan untuk mempromosikan sektor pelancongan Terengganu melalui seni, budaya, dan warisan serta membantu meningkatkan kedatangan pelancong, sekali gus menjana pendapatan.



Kelainan KPT 2024 kali ini adalah kreativiti setiap peserta, yang terdiri daripada semua Pejabat Daerah, perlu menghias bangsal masing-masing dengan bahan semula jadi seperti pelepah kelapa, daun nipah, kayu, dan buluh untuk menutupi kanopi yang disediakan. 

Ini menggambarkan elemen budaya dan warisan Terengganu.

Berbeza dengan penganjuran sebelum ini, di mana peserta hanya perlu mengisi pelbagai aktiviti pada bangsal yang telah disediakan oleh penganjur.


Demotrasi menganyam tikar


Setiap bangsal tradisi ini dinilai dengan pemarkahan yang merangkumi 40% untuk hiasan dan 60% untuk aktiviti bangsal. Hadiah menarik menanti pemenang, termasuk:  Hadiah utama: RM50,000; Hadiah kedua: RM30,000; Hadiah ketiga: RM15,000; dan 5 hadiah saguhati: RM5,000 setiap satu

KPT 2024 dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Datuk Razali  Idris.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato' Ab Rasid  Jusoh; dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Encik Ahmad Ridzwan  Abd Rahman. - KitaReporters 


Razali Idris

8
12
0
12
0
You will be interested