Gambar-gambar oleh Nazri Ibrahim
Tak perlu ke Thailand jika anda mahu merasakan keenakan makanan Thailand dan makanan utara Malaysia.
Sekarang sedang berlangsung Pesta makanan Thailand dan Malaysia di pekarangan letak kereta di Shah Alam City Centre (SACC) Mall, Seksyen 14 Shah Alam. Pesta makanan halal ini dianjurkan oleh Malaysia Thailand Halal Food Festival (MATHAF).
Pihat penganjur membawakan pelbagai jenis makanan dan juadah menarik yang viral dalam TikTok untuk anda rasai dan nikmati. Ada macam-macam jenis makanan Thai-Hatyai dan makanan Utara Semenanjung khususnya Kedah dan Perlis menanti anda. Pesta makanan popular ini berlangsung dari 24 November hingga 3 Disember 2023 nanti.
Gambar-gambar oleh Nazri Ibrahim
Sebanyak 94 vendor makanan yang viral di Malaysia dan Thailand mengambil bahagian dalam pesta makanan MATHAF kali ini.
Tinjauan di lokasi mendapati ramai pengunjung yang datang dari kawasan Shah Alam, Klang dan Subang Jaya untuk menikmati makanan yang unik dan lazat.
Seorang pengunjung yang sempat ditemui memberitahu, harga makanan di situ agak berpatutan dan tidak terlalu mahal.
Buat masa ini pesta makanan ini belum lagi dipenuhi pengunjung, mungkin masih ramai yang belum tahu mengenai kehadiran Pesta Makanan ini di Shah Alam ini.
Bagi anda yang ingin menikmati makanan lazat dan pelbagai juadah pencuci mulut, buah-buahan dan minuman bolehlah datang ke SACC Mall di Shah Alam untuk menikmati juadah menarik yang disajikan untuk anda.
Pelbagai jenis makanan yang dipelbagaikan dan diinovasikan menanti anda di pesta makanan popular ini. Jom ke Shah Alam!! - KitaReporters
Gambar-gambar oleh Nazri Ibrahim