Selera 17 May, 2020

Teringin make keropok lekor! Dr Amalina order dari Ireland!!

@zuhayati yazid
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang berkhidmat selama 12 tahun dan pernah bertugas di Ibu Pejabat di Jalan Chan Sow Lin dan biro Kuala Terengganu.

0

Share this

BERJAUHAN dengan kampung halaman dan keluarga pasti membuatkan kita ‘rindu’ untuk menjamah makanan yang lain daripada kebiasaan terutama pada bulan mulia ini. Ada sahaja yang terbayang pada mata mengenangkan hidangan istimewa yang boleh dijamah bersama ahli keluarga yang lain. : KitaReporters

RAMAI pengikut Dr. Amalina yang cuba membantu beliau untuk mendapatkan hidangan tersohor di pantai Timur itu. - Gambar hiasan


Terbaharu, pakar bedah yang sedang menerpa nama di United Kingdom (UK), Dr. Nur Amalina Che Bakri berkongsi keinginan untuk menjamah keropok lekor.

Namun disebabkan perintah berkurung yang dilaksanakan menyebabkan beliau sukar mendapat makanan berkenaan.

Wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu kemudian menyuarakan ‘keinginan’ tersebut dalam laman Twitter.

“Siapa ada jual/deliver keropok lekor kat London waktu lockdown ni? Nak beli,” tulisnya dalam akaun Twitternya.

Alahai…kesian dia nak makan keropok lekor!!

Bagaimanapun ciapan itu membuatkan ramai pengikut cuba membantu beliau untuk mendapatkan hidangan tersohor di pantai Timur itu.

DR. AMALINA bersama bonda tercinta, Sabariah Hassan ketika menyambut Aidilfitiri di London, tahun 2019. - Kredit foto: IG dramalinabakri


Malah ada pengikut yang cuba memberikan idea supaya dia ‘mencari’ hidangan tersebut di Malaysia Hall, tetapi Dr. Amalina menjawab semula dengan menyatakan tempat berkenaan masih ditutup berikutan perintah berkurung.


Antara komen-komen pengikut yang cuba membantu Dr. Amalina merealisasikan impian untuk menjamah keropok lekor. - Kredit foto: Twitter DrAmalina.


Lebih melucukan ada juga yang berkongsi ramuan untuk menyediakan keropok lekor.

Dalam masa sama, ramai pengikutnya yang cuba membantu beliau dengan menyenaraikan beberapa lokasi di sekitar London yang menjual snek tersebut.

Dengan kecanggihan teknologi dan bantuan pengikut yang berkongsi maklumat, akhirnya wanita yang kebanggaan Malaysia itu berjaya mendapatkan keropok lekor tersebut.

Beliau memperoleh daripada seorang peniaga yang menetap di Ireland.!!

“Ok I’ve just ordered from Ireland, thank you for letting me know!” kongsinya.

Akhirnyaaa…Bak kata pepatah usaha tangga kejayaan!

Namun ketika ditanya pengikut sama ada beliau mendapat keropok lekor tersebut secara percuma, Dr Amalina menafikan dan memberitahu dia membeli dengan harga hampir RM60.

“Taklah free of charge (FOC), about 11 pound sterling per pack, (RM57.94), 6 pieces per pack,” tulisnya yang membalas pertanyaan pengikut dalam Twitter.

Alamak mahalnya...tapi dah teringin apa salahnya membeli.

Selamat Hari Raya Dr. Amalina!! - KitaReporters

 

You will be interested

Tempah online! Bubur lambuk resepi Kpg Baru di Sungai Petani

Peniaga bazar Ramadan, Sazli Shafie meneruskan usaha mencari rezeki dengan mengambil upah menyediakan bubur lambuk resipi Kampung Baru secara online dari rumah

Samsudin Oli Mohamed in Selera 2 weeks ago

Gulai kawah PKP! Untuk penduduk Kpg Amir Hilir, Kota Putera

Penduduk Kampung Amir Hilir dalam DUN Kota Putera, Besut menerima agihan bekalan lauk gulai kawah daripada ADUN Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman
Mohammad Ishak in Selera 1 week ago

Alamak! Ada caj Covid-19 pula di restoran Amerika Syarikat!

KITA biasa dikenakan caj apabila menjamu selera di restoran, baik dalam bentuk caj perkhidmatan, caj jualan, GST atau SST. Kini, diperkenalkan caj Covid-19 pula
Ahmad Abd Hamid in Selera 1 week ago

Jangan usik, alih!! Nanti kena peliat telinga - Tunku Azizah

KEBOLEHAN Tunku Azizah dalam dunia masakan tidak perlu dipertikaikan. Walaupun dibesarkan dengan penuh kemewahan namun baginda tetap cekap di dapur
Zuhayati Yazid in Selera 1 week ago

Acar buatan Azah tambat hati Najib! Wartawan jadi usahawan!

Selepas menamatkan perkhidmatan dengan Utusan Malaysia, Wan Norazah Wan Chik menggunakan kebolehan diri memasak acar buah dan dijual secara kecil-kecilan
Zuhayati Yazid in Selera 1 week ago