Selera Santai 13 Apr, 2021

Hobi jadi sumber pendapatan keluarga! Hasbullah patuhi SOP Covid-19 bawa pemancing di Semporna!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Bot yang boleh membawa 12 pemancing milik Hasbullah yang digunakan untuk ke laut dalam.


MEMANFAATKAN hobi memancing pada hujung minggu luar daripada waktu kerja, Hasbullah Azizan kini berasa bersyukur dan gembira dapat menambahkan pendapatan keluarga dengan menjadi penganjur aktiviti memancing di Semporna, Sabah.

Beliau yang dipindahkan ke negeri di bawah bayu itu kira-kira enam tahun lalu kini memiliki sebuah bot besar untuk muatan 12 penumpang dan dua bot kecil bagi membawa tiga orang untuk bersiar-siar dan memancing di laut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan memancing



Hasbullah  erkata, setiap hujung minggu dia akan bersiap-siap dengan pelbagai kelengkapan memancing dan memeriksa bot supaya berada dalam keadaan baik apabila menerima tempahan daripada orang ramai yang ingin melakukan aktiviti memancing.

Bagaimanapun menurutnya, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana  pandemik Covid-19 dan larangan rentas negeri dikuatkuasakan, aktiviti di laut termasuk memancing tidak semeriah seperti sebelumnya di samping kekurangaan pengunjung khusus pelancong.


Hasbullah mematuhi SOP apabila bot kecil yang boleh membawa tiga pemancing kini dihadkan kepada seorang sahaja.


Katanya, apabila mendapat kelonggaran daripada pihak kerajaan dia dan beberapa penganjur aktiviti memancing terpaksa  mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, walaupun perkara itu bukan suatu yang membebankan namun masih gagal menarik pengunjung.  

“Bagi tempoh PKP aktiviti memancing banyak diperoleh daripada dalam kalangan penduduk tempatan dan mereka terpaksa mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu empat pemancing untuk bot besar dan seorang bagi bot kecil.


Seorang pemancing gembira dapat menangkap ikan ruby snapper yang menjadi buruan pemancing di Semporna.


“Walaupun punca pendapatan berkurangan namun saya tetap menyediakan khidmat terbaik untuk menganjurkan aktiviti memancing,” kata bapa kepada tiga anak itu yang turut mendapat sokongan daripada isterinya, Nur Hazyyah Mohd Sutan.

Hasbullah berkata, sebelum negara dilanda pandemik Covid-19 ramai pengunjung dari luar negara terutama pelancong membanjiri Semporna untuk melakukan pelbagai aktiviti di laut bersama kawan-kawan dan ahli keluarga.


Hasbullah (kiri) bersama seorang pemancing tempatan berjaya menangkap ikan amber jack dan kerapu.


Menurutnya, dia sering mendapat tempahan daripada pelancong seperti dari Singapura dan China serta dalam kalangan penduduk dari Semenanjung yang ingin memancing di kawasan berhampiran pantai serta laut dalam kerana terdapat banyak ikan.

Beliau berkata, mereka itu biasanya berminat untuk memberi tumpuan bagi memenuhi hobi memancing di kawasan laut yang terdapat ikan seperti ruby snapper, black grouper, tuna dogtooth serta yellowfin, kerana spesies ikan berkenaan tiada di perairan Semenanjung. 

Katanya, kesempatan membawa mereka pergi memancing, beliau turut mendalami taktik memancing yang digunakan pemancing terbabit kerana sebahagian daripadanya terutama dari luar negara menggunakan pelbagai peralatan terkini.


Hasbullah mengemudi bot kecil miliknya bagi membantu pemancing memberi tumpuan untuk menangkap ikan.


“Menjadi kebiasaan sebelum membawa pemancing ke laut saya akan memberikan taklimat ringkas dari segi keselamatan serta tindakan yang perlu dilakukan jika berlaku situasi kecemasan supaya mereka tidak menjadi panik. 

“Caj yang saya kenakan tidaklah begitu tinggi kerana berdasarkan perkhidmatan yang diminta termasuklah kepada mereka datang bersama-sama keluarga yang ingin menaiki bot bersiar-siar melihat permandangan perairan di Semporna,” kata Hasbullah.

Kepada mereka yang berminat menggunakan khidmat Hasbullah untuk aktiviti memancing dan sebagainya di Semporna boleh menghubungi beliau menerusi telefon 013-492 7819. - KitaReporters


Hasbullah bukan sahaja menitikberatkan keselamatan pemancing tetapi turut memastikan mereka berpuas hati dengan hasil tangkapan.

________________________________________________________

29
3
1
0
0
You will be interested

Keluarga Malaysia: Iftar ala Madinah! Suasana berbuka bagai di Masjid Nabawi! Hidupkan sunah Nabi!

Kumpulan Media Karangkraf ambil inisiatif anjur program Iftar ala Madinah @ Karangkraf bagi beri peluang rasai suasana buka puasa sebagaimana di Masjid Nabawi

Tahu tak? Daun misai kucing antara ulam-ulaman yang berkhasiat dan enak! Penawar banyak penyakit!

Daun misai kucing sebagai penawar bagi masalah batu karang, diabetes, gout, penyakit saluran serta peredaran darah, reumatisma. Juga sebagai perencah masakan
Nur Syamila Kamarul Arefin in Selera Santai 2 days ago

Keluarga besar! 100 pewaris hadiri Program Himpunan Rumpun Tok Sepiah! Di Kpg Gong Badang, Jertih!

Kira-kira 100 pewaris hadiri Program Himpunan Rumpun Tok Sepiah 2022 di Kpg Gong Badang, Jertih dalam satu perhimpunan pada Hari Raya Aidilfitri pada 5 Mei 2022
Mohammad Ishak in Selera Santai 1 week ago

Lahirkan prosumer Muslim berjaya! Pelajar asnaf USIM dapat tajaan RM500k! Pogram latihan bakeri!

Bagi lahirkan prosumer Muslim dalam keusahawanan, USIM lancar program inkubator bakeri dan kafe, Program Prosumerisme: Latihan Bakeri Asnaf USIM-Maybank islamic
Editor 1 in Selera Santai 2 weeks ago

Keenakan ketupatnya! Daun palas tetap dicari menjelang raya! Belilah di gerai Bakri @ Awang Buah

Walaupun berbagai kuih moden dicipta di pasaran, namun daun palas tak pernah merosot permintaan kerana keenakan ketupat daun palas bila dimakan bersama rendang
Che Saad Noordin in Selera Santai 3 weeks ago