Selera & Santai 09 Sep, 2021

Nak ke Kota Bharu! Eddie Hamid Homestay sesuai untuk keluarga bercuti! Rumah inap selesa, bersih

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

Komposer dan penyanyi Eddie Hamid amat mementingkan keselesaan pelanggan jika menetap di rumah inap miliknya.


RAMAI yang sudah mengukir senyuman lebar apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan lebih banyak kelonggaran termasuk pergerakan rentas negeri akan diberikan dalam tempoh terdekat. Malah sektor pelancongan pun akan kembali dibuka kepada pelancong tempatan mulai 16 September 2021 ini dengan Pulau Langkawi sebagai projek rintis pembukaan sektor tersebut. 

Mesti ada beberapa senarai tempat yang ingin dilawati selain pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menemui ibu bapa dan sanak saudara. Bagi yang ingin menyegarkan minda selepas lama ‘terkurung’ di rumah dan mahu menikmati keindahan di Kelantan, jangan risau tentang penginapan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan rumah inap

Eddie Hamid Homestay yang terletak di Kubang Krian, Kota Bahru, Kelantan selesa untuk percutian keluarga.


Jika anda pergi ke Kota Bharu, jangan lupa untuk bermalam di Eddie Hamid Homestay yang terletak di Kubang Kerian

Jangan risau rumah inap Eddie Hamid Homestay ini pasti memuaskan hati pengunjung, maklumlah penginapan tersebut milik penyanyi dan komposer terkenal Eddie Hamid. Sudah pasti beliau perlu menjaga nama baiknya.

Menurut Eddie, beliau sudah mengendali rumah inap itu sejak tiga tahun lalu. Rumah inap yang mempunyai tiga bilik utama dan dua bilik air itu asalnya adalah rumah pusaka milik keluarga dan telah diubah suai menjadi rumah semi-D setingkat dengan kos sebanyak RM100,00.



“Asalnya rumah pusaka dan bila masing-masing (adik-beradik) tidak lagi menetap di situ, sayang pula bila dibiarkan begitu saja. Itu yang saya ambil keputusan untuk ubah suai dan jadikan homestay. Sekurang-kurangnya bila balik Kota Bahru adalah tempat penginapan selesa.

“Alhamdulillah, tak sangka pula sejak beroperasi sambutan yang diterima amat menggalakkan. Ada tetamu dari Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Homestay saya ini tak bermusim, ada saja yang datang menyewa kerana lokasinya yang strategik. Kalau dari lapangan terbang, kira-kira 20 minit saja.


Eddie Hamid Homestay asalnya adalah rumah pusaka yang telah diubah suai menjadi rumah semi-D dengan tiga bilik tidur.


“Rumah ini terletak berhadapan dengan Istana Negeri. Kalau nak pergi berehat di tepi pantai, boleh pergi ke Pantai Bachok atau Pantai Sabak, memang dekat. Bagi yang suka membeli-belah, dekat sangat nak pergi ke Wakaf Che Yeh

"Homestay saya ini bukan untuk percutian saja, ada yang menginap jika ada urusan dengan pihak Hospital Universiti Sains Malaysia. Ada juga yang menjadikan homestay itu sebagai lokasi majlis perkahwinan,” cerita Eddie ketika dihubungi.

Jelasnya, ada juga dalam kalangan pelanggan yang menyewa selama sebulan terutama mereka yang ‘tersangkut’ di Kubang Krian, sewaktu awal-awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambah Eddie, jika ada yang menginap lama (sebulan) beliau tidak kedekut untuk memberi diskaun berbanding dengan harga asal iaitu RM190 untuk semalam.


Ruangan dapur yang luas dan selesa untuk tetamu memasak, selain barangan makanan seperti maggi, bihun dan minuman disediakan.


“Kami memberi tawaran istimewa kepada pelanggan. Kalau menginap sehari, harga yang ditetapkan adalah RM190. Bagi yang menginap selama tiga hari, harganya jatuh kepada RM170 sehari dan RM150 sehari untuk yang menginap selama tujuh hari.

“Boleh dikatakan harga yang kami tawarkan lebih murah berbanding rumah inap lain. Kalau yang menginap sebulan iaitu 30 hari, harga akan jatuh kepada RM90 sehari. 

"Kelebihan Eddie Hamid Homestay ini, kami ada menyediakan barangan dapur yang bernilai kira-kira RM200 untuk pelanggan.

“Antara barangan makanan yang disediakan di dapur adalah beras, bihun, maggi serta bahan asas untuk memasak. Nak minum, pilih saja nak kopi, teh atau Milo, semua ada termasuk makanan ringan. Kiranya, bila masuk dapur homestay Eddie Hamid, macam masuk dapur sendiri,” cerita Eddie tentang kelebihan rumah inap miliknya.


Ini adalah bilik tidur ketiga yang menyediakan katil untuk seorang, berbanding dua bilik tidur lain yang ada katil bersaiz besar.


Jelas Eddie, beliau bersyukur kerana ada antara pelanggan yang telah menginap di situ akan datang lagi bersama keluarga dan rakan-rakan. Artis pertama yang menginap di situ, kata Eddie ialah vokalis kumpulan Junction, Hatta dari Johor.

“Sejak homestay ini dibuka, alhamdulillah saya mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan. Mereka suka kerana kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan pelanggan. 

"Saya mahu pelanggan yang menginap di homestay ini merasakan seperti mereka berada di rumah sendiri.


Lokasi Eddie Hamid Homestay dekat dengan tempat-tempat menarik di sekitar Kota Bahru untuk dilawati.


“Melihatkan sambutan yang diberi, saya bercadang untuk menambah lagi penginapan Eddie Hamid Homestay dalam waktu terdekat. Saya akan mencari lokasi menarik untuk dijadikan tapak homestay kerana ini juga boleh dijadikan perniagaan selain fokus saya kepada muzik,” katanya. 

Bagi yang ingin menginap di Eddie Hamid Homestay ketika berada di Kota Bahru, boleh menghubungi Pengurus Eddie Hamid Homestay iaitu Norma Mustapha melalui talian 0179122770 untuk membuat tempahan. - KitaReporters


Semakin lama anda menginap di Eddie Hamid Homestay, harga yang ditawarkan semakin murah.

7
7
0
9
1
You will be interested