Selera & Santai 10 Dec, 2022

Terlopong Ayah Cik! Rancak borak di kedai kopi! Tak tahu sedang sembang dengan pelakon Rashdan Baba!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this


BAGAIKAN menjadi kelaziman masyarakat kampung bersantai di kedai kopi kerana di situlah dapat berjumpa, beramah mesra dengan penduduk sekampung bagi eratkan silaturahim.

Sudah tentu macam-macam topik disembangkan sehingga ada kalanya menjangkau masalah negara dan dunia!

Bagi cerita kedai kopi di sebuah kampung pedalaman iaitu Pelong, Setiu seorang warga emas rancak berborak namun tidak menyedari individu di hadapannya pelakon popular, Rashdan Baba.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon



Menerusi perkongsian dalam Facebook, Haji Pein berkongsi pengalamannya dan tidak menyangka dapat duduk semeja, bersembang dengan artis.

"Biasa petang macam ni Ayah Cik suka lepak di kedai Jawariah Noh (mak dewa), lebih lagi hari Jumaat macam hari ni.

"Memang dia free je, sebab setiap kali hari Jumaat petang dia buat arwah. Semua free air kopi ke nescafe ke, tea ke, milo kosong suam ke.. semua free... Terima kasih Mak Dewa.

"Tiba-tiba pelanggan sorang ni ajak minum bersama dia, dia pulok suruh Ayah Cik cerita sejarah Kampung Pelong, asal usul, mengapa dinamakan Kampung Pelong.

"Ayah Cik pun cerita lah lebih kurang. Memang rase macam pernah tengok dia ni, lepas tu kawan-kawan bagi tahu dia pelakon Rashdan Baba, pelakon drama. Tlopooooong Ayah Cik," tulisnya.



Dalam perkongsiannya juga warga emas ini memberitahu sekiranya tahu dari awal tentu dia akan  bergaya sakan.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata terhibur dengan situasi tersebut dan berseloroh Haji Pein bakal jadi pelakon.



Rashdan Baba atau nama sebenarnya Muhamad Rashdan Abd Halim merupakan seorang pelakon drama dan filem berasal daripada Kota Bharu, Kelantan yang dilahirkan pada tahun 1970. Beliau bergelar pelakon pada usia 25 tahun dan antara hero pujaan sekitar tahun 1980-an. -KitaReporters



15
8
0
19
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago