Selera & Santai 10 Jan, 2024

Video| China wujudkan syurgaloka ais dan salji Istana Frozen! Berharga RM2.3b! Cair selepas 2 bulan!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


Elsa, Anna, Kristoff and Sven, Frozen 2

KALAU selama ini orang ingat istana Elsa dan Anna dalam siri kartun Frozen atau dipanggil Arendelle dikatakan berasal dari negara bersalji Norway tetapi sebenarnya di China, bandar ais seperti ini sudah lama ada yang dikenali sebagai Harbin Ice and Snow Festival (Festival Ais dan Salji Harbin) yang mula diwujudkan sejak tahun 1999 lagi. 

Bandar yang muncul selama dua bulan saja setiap tahun, berjaya menarik jutaan pelancongan untuk menikmati keajaiban yang diukir daripada bongkah salji seperti istana zaman silam bentuk wajah dibuka dari Disember dan berakhir Februari. Sepanjang "hayat" itu, Harbin bertukar sebagai taman syurgaloka ais dan salji.



Maklumat  Festival Ais dan Salji Harbin mencatatkan pada mulanya bandar ais itu dibina pada skala kecil dan sehingga kini, berkembang setiap tahun dengan menerima jutaan pelawat dari seluruh dunia.

Pelancong termasuk pembesar China datang ke sini untuk menyaksikan arca replika orang-orang terkemuka dunia, haiwan luar biasa, wajah-wajah gergasi dan kawasan permainan yang sangat menakjubkan. 

Selama dua bulan itu adalah kemuncak ais yang beku dan cair awal Februari.


Ice Festival Harbin 2015


Pembinaan bandar aia itu sebagai usaha memaksimumkan bahan salji itu sebagai bahan perniagaan menguntungkan.  

Kebetulan apabila China mahu menyambut kedatangan tahun 2000, Majlis Bandar Raya Harbin memilih kawasan bersalji di bahagian barat Pulau Sun di daerah Songbei, Harbin sebagai taman tema.

Malah pihak pemasaran pelancongan itu sanggup mencari penaja yang sanggup memperuntuk hampir AS$500 juta (RM2.3 bilion) untuk kos membinanya dan kini hasilnya ia berjaya menarik jutaan pelawat untuk menikmati keindahan seni ukir aisnya. 


Harbin Ice Festival 2015


Penaja bandar itu nampaknya tidak hirau walaupun salji itu hanya bertahan dalam tempoh dua bulan sahaja.

Bandar seluas lebih 750,000 meter persegi dan menggunakan bongkah ais sebanyak lebih 300,000 kubik meter bukan saja mempamerkan kehebatan seni ukir pengkarya malah menyediakan taman tema impian bagi semua yang mahu merasa menjadi sebahagian daripada filem Frozen itu. 

Malah mereka juga berpeluang menyertai acara sukan musim salji dan kebudayaan. - KitaReporters


10
7
0
15
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 4 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago