Selera & Santai 24 Apr, 2022

Lebih 1 juta berbuka puasa serentak di Madinah! Dermawan, sukarelawan sajikan makanan dan minuman!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Jemaah di Masjid Nabawi Madinah sedang menunggu masa untuk berbuka puasa. - Foto-foto  Nur Sabrina Samsudin

Sukarelawan terdiri yang daripada kalangan belia dan jemaah yang memenuhi Masjid Nabawi, Madinah menghidangkan makanan dan minuman secara percuma ketika berbuka puasa di masjid suci itu.

Sajian makanan dan minuman secara percuma itu disajikan hasil sumbangan dermawaan dan mereka yang berlumba-lumba untuk mengejar pahala terutama ketika berbuka puasa di Tanah Suci ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Tanah Suci


Sukarelawan bertugas sedang membawa makanan dan minuman untuk jemaah berbuka puasa.
Roti juga menjadi sebahagian hidangan berbuka.
Hampir setiap penjuru dalam dan luar masjid disediakan makanan dan minuman.

Juruteknik penerbangan Ahmed Mutahar, 23, bersama rakan-rakannya yang bertugas sebagai sukarelawan di Masjid Nabawi ketika ditemui berkata, telah menjadi kebiasaan bagi remaja yang terdiri dari pelajar sekolah dan belia untuk menyediakan makanan dan minuman untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan.

“Makanan dan minuman sumbangan daripada dermawan dan orang ramai, yang diterima untuk disajikan sebaik sahaja selepas solat asar,” ujarnya ketika ditemui.


Ahmed Mutahar kanan yang menjadi sukarelawan.
Plastik dibentangkan oleh sukarelawan sebelum makanan dan minuman dihidangkan.

Kelihatan Suasana di luar Masjid Nabawi juga dibanjiri jemaah untuk menyertai majlis berbuka puasa.

Antara jemaah yang sedang menantikan masa untuk berbuka.

Difahamkan lebih sejuta jemaah menyertai majlis berbuka puasa itu secara serentak dalam masa 10 minit selepas azan maghrib.

Pengalaman berbuka puasa di Masjid Nabawi itu turut disertai jemaah dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Rata-rata sukarelawan mula membentangkan plastik sebagai alas di atas sejadah yang digunakan untuk solat berjemaah.

Sebaik sahaja selesai berbuka sisa makanan dan minuman itu dibungkus dengan segera untuk jemaah menunaikan solat maghrib pula.

Antara menu yang disediakan ialah kurma, sebotol air zam-zam, yoghurt segar termasuk nasi dan minuman panas yang dibawa oleh Jemaah berdekatan Masjid Nabawi. - KitaReporters


Beg yang mengandungi air zam-zam, buah kurma dan roti.


Jemaah sedang mengaji Al Quran sementara menunggu masa berbuka.


Antara jemaah yang berbuka di Masjid Nabawi.
Jemaah dari Malaysia Mazlan Othman antara yang berbuka puasa di Masjid Nabawi.
Seorang lagi jemaah Malaysia bersama jemaah lain di Masjid Nabawi.

17
10
0
18
0
You will be interested