Selera 30 May, 2020

Lama tak makan Syurga Nasi Lemak? Gerai dah dibuka semula!!

@samsudin oli mohamed
34 tahun berpengalaman sebagai Jurufoto Berita Harian, Jurufotografi UUM, Wartawan bebas Akhbar Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia, Kosmo, Sinar Harian, Majalah Pendidik, Dewan Masyarakat, Rtm Kedah/Perlis, Penceramah Fotografi, kewartawanan

Share this

PERNIAGAAN Syurga Nasi Lemak di Sungai Ramal, Kajang, Selangor mula beroperasi semula pada hari kedua Aidilfitri selepas lebih dua bulan terpaksa ditutup kerana wabak COVID-19 bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan sejak 18 Mac 2020. : KitaReporters 

Amy Nurfarhana Zaina digerai Syurga Nasi lemak. 


Amy Nurfarhana Zaina, 22, anak kedua daripada empat beradik yang dihubungi berkata, setelah berbincang dengan ibu bapanya keputusan untuk memulakan perniagaan nasi lemak ini diteruskan pada hari raya kedua.

Katanya, ramai pelanggan selalu bertanya bila nak mula berniaga kerana mereka merindui masakan ibu bapanya.

Amy Nurfarhana bersama bapanya Zaina Jelani, 57, (kanan).


Nasi lemak syurga yang menjadi tarikan penduduk.


Sebelum ini, Amy Nurfarhana menjalankan perniagaan di gerai makan di Sungai Ramal, Kajang tetapi sejak PKP semua peniaga diarahkan tutup perniagaan mereka.

Kini pihak majlis perbandaran dan kerajaan mula melonggarkan syarat berniaga dengan mengesa peniaga mematuhi syarat yang ditetapkan termasuk menulis nama, nombor telefon, mengekalkan penjarakan sosial, memeriksa suhu badan, memakai penutup muka dan menyediakan cecair pembasmi kuman bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Pelanggan perlu mencatat butiran diri dalam buku yang disediakan.


"Buat permulaan kami hanya menyediakan lima jenis lauk iaitu paru goreng berempah, ayam, rendang, kerang  dan telur memandangkan susah hendak mendapat bekalan terutama masa PKPB ini," ujar Amy Nurfarhana lagi.

Bagi mematuhi syarat perniagaan semasa PKPB ini, tiga adik lelakinya turut mengawal keadaan dengan memohon pelanggan beratur dan memastikan penjarakan sosial, mencatat butiran dalam buku yang disediakan termasuk menyediakan cecair pembasmi kuman.

Penjarakan sosial dan penggunaan cecair pembasmi kuman turut dipatuhi pelanggannya.


"Syukur kami empat beradik dapat meneruskan perniagaan yang telah diusahakan oleh kedua-dua orang tua sejak 25 tahun dahulu," kata Amy Nurfarhana ketika mengimbau lawatannya ke rumah lama mereka di Sekincan, Selangor.

Banyak cerita suka duka bila teringatkan masa kecil mereka di rumah lama dan pastinya memori itu akan terpahat selamanya. - KitaReporters

Amy Nurfarhana (kanan) bersama abang dan adiknya mengimbau kenangan di rumah lama mereka di Sekinchan, Selangor pada hari raya tahun lepas.

 

 

 

You will be interested

Tak mahu terus kerugian! Elfira Loy tutup kafe kesayangannya

Elfira Loy menutup kafenya bukan kerana pandemik Covid-19, sebaliknya kerana tidak dapat mengurus perjalanan kafe dengan baik kerana mempunyai komitmen lain

Fauzan Ahmad in Selera 1 week ago

Kenapa Fazley tutup SukaSucre Bistro? Buka pula Minang Tapau

Fazley Yaakob mengumumkan premis SukaSucre Bistro miliknya di Taman Pertama, Cheras telah ditutup. Tapi dia akan membuka SukaSucre Bistro di tempat baharu
Khadijah Ibrahim in Selera 20 hours ago

Ular bawa rezeki? Kini roti canai ular tular dalam medsos!

Kehadiran 'tetamu' tidak diundang memberi idea kepada penebar roti canai, Che Harun Ali untuk mereka sejenis roti canai jenis baharu kepada pelanggannya
Zuhayati Yazid in Selera 2 days ago

Matilanak! Ingat cheese tapi Tupperware emak! Nak jawab apa?

PERKONGSIAN seorang pengguna Twitter mengenai kejadian pinggan Tupperware milik ibunya musnah dek kecuaian dirinya menarik perhatian netizen termasuk selebriti
Zul Akmar Jamaludin in Selera 4 days ago

Bubble Bee kian popular! Pengorbanan Shuib Sepahtu berbaloi!

Bila melihat kedai minuman jenama Bubble Bee Malaysia, pasti ramai yang kata, untunglah Shuib Sepahtu. Tapi setiap kejayaan memerlukan pengorbanan yang besar
Khadijah Ibrahim in Selera 4 days ago