Selera & Santai 03 Jan, 2023

Video| Peniaga cekal! Kaki melecur disambar api ketika memasak! Paip gas bocor! Tapi terus berniaga!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


KECEDERAAN yang menimpa seorang peniaga akibat letupan yang berlaku ketika memasak di dapur tidak melunturkan semangat wanita itu untuk teruskan memasak demi sesuap nasi telah meraih perhatian orang ramai di media sosial.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama, @amynurfarhana, kelihatan api secara tiba-tiba menjulang ketika sedang menggoreng sehingga menyambar lantai namun api itu terpadam dengan sendiri beberapa saat berikut yang menyebabkan kaki peniaga itu melecur.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kedai-kedai makan



“Alhamdulillah, semuanya selamat. Mesti ada yang pelik kenapa hari ini saya melayan pelanggan dengan berkaki ayam. Kaki saya melecur sedikit.

“Minta maaf juga jika lambat membungkus. Saya sudah sehabis kuat hari ini,” kongsinya dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial berasa kagum dengan sifat tenang wanita itu berdepan dengan situasi letupan itu dan ada yang turut melontarkan nasihat peniaga itu untuk lebih berhati-hati ketika memasak di dapur pada masa akan datang.



“Nasib baikla kakak tidak kelam-kabut, kalau saya mahu menjerit terlebih dahulu sebab nak fikir apa lagi bila dah nampak api macam ini. Kakak steady sahaja, semoga dipermudahkan urusan,” kata @LieyaAsyiqienn.

“Selepas itu kakak sambung masak ke? Masyaallah biar betul,” soal @Miizalah.

“Allah kak, lain kali kalau mahu besarkan api, jangan diketuk kuali itu bahaya,” jelas @AK. - KitaReporters




11
13
0
17
0
You will be interested