Selera & Santai 20 Nov, 2024

Tunggu kami datang! Langkawi menggamit pelancong! Bulan Disember musim cuti sekolah dan akhir tahun!

@mohd hussin che rus
Bekas jurufoto bebas bagi sebuah syarikat swasta yang kini menjadi mojo sambilan serta bergiat aktif dalam NGO. Beliau kini menetap di Langkawi. Emel: [email protected]

Share this

Menara Maha antara mercu tanda Langkawi.

Helang dari dulu lagi menjadi mercu tanda pulau bebas cukai ini.

Menjelang cuti persekolahan dan cuti hujung tahun 2024 ini, penguasaha pelancongan di Langkawi bersedia untuk menerima pelancong dari dalam dan luar negara.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Zubir Ahmad berkata, destinasi Pulau Legenda ini pastinya menjadi tarikan kepada pengunjung untuk percutian keluarga, berkumpulan atau perseorangan.

Katanya, Langkawi sentiasa menjadi tumpuan walaupun sebelum ini dikatakan pelancong lebih suka bercuti di negara jiran.


Zubir Ahmad 


Pelancong dalam dan luar negara mengunjungi Cable Car Langkawi.

“Kita tidak perlu takut dan terbukti dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid yang menyatakan pulau ini telah merekodkan 2.1 juta orang yang melancong pada suku ketiga tahun ini (2024), sekali gus menyaksikan perkembangan positif industri pelancongan di pulau bebas cukai,”ujarnya ketika ditemui.

Zubir menambah pastinya dengan pengumuman itu pulau legenda ini akan mencapai sasaran tiga juta kedatangan pelancong menjelang akhir tahun seperti yang dikatakan oleh Haslina.


Gambar hiasan... Haslina Abdul Hamid (tengah) meninjau Pulau Langkawi.

Untuk rekod Pulau Langkawi menerima 2.1 juta pelancong domestik dan antarabangsa sejak Januari hingga September 2024 lalu, iaitu kira-kira 75 peratus daripada sasaran yang ditetapkan melalui pelbagai inisiatif termasuk 22 penerbangan terus dari Poland ke Langkawi.

Moga usaha ini diyakini memberi impak positif kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) dengan sasaran ketibaan 26.1 juta pelancong asing dan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM97.6 bilion.


Pelancong menikmati pemandangan indah laut Langkawi.
Rentas pesisiran laut untuk menikmati keindahan yang terdapat di pulau ini.

Pastinya destinasi pelancongan dalam negeri akan terus kukuh dengan pengiktirafan baru-baru ini yang menyatakan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang berjaya menduduki senarai 10 Pulau Terbaik di Asia 2024 dengan masing-masing berada di tangga ke-7 dan ke-8 dalam carta tersebut.

Data tersebut didapati daripada tinjauan yang dilakukan oleh majalah DestinAsian dalam ’17th Annual Readers’ Choice Awards 2024′ bagi mengetahui pulau yang menjadi destinasi terbaik di Asia.

Tinjauan tersebut dijalankan antara Ogos dan November 2023, dengan pemenang dipilih berdasarkan 36 kategori iaitu merangkumi hotel dan pusat peranginan, kediaman perkhidmatan, syarikat penerbangan, lapangan terbang, laluan pelayaran dan destinasi. - KitaReporters


Pantai Chenang antara destinasi tumpuan utama pelancong.
Pantai Langkawi menjadi tumpuan pengunjung.

17
16
0
7
0
You will be interested