Selera & Santai 03 May, 2023

Ni Baru Kena! KFC kini lebih hangat dengan KFC Extra Spicy & Crispy Baharu! Pedas lagi menyengatkan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


KFC Malaysia kini membawakan ayam goreng pedas yang menyengat dan pasti mencabar deria rasa anda. 

Menyertai ayam goreng ikonik Original Recipe dan Hot & Spicy secara eksklusif buat waktu terhad adalah KFC Extra Spicy & Crispy Baharu! 

Lebih pedas dan lebih rangup dengan rasa dinamik seolah-olah menari pada tunas rasa, KFC Extra Spicy & Crispy meningkatkan kepedasan pada tahap yang lebih tinggi, dicipta untuk rakyat Malaysia yang gemar makan pedas. 

Untuk menghasilkan sensasi rasa baharu ini, ketulan ayam segar diperap dalam resipi perapan berempah baharu, kemudian disaluti dengan campuran tepung berempah baharu - memberikannya lebih kerangupan di luar dan ‘juicy’ di dalam. 

“Untuk menunaikan janji kami untuk sentiasa menghidangkan jamuan sedap sehingga menjilat jari, kami sentiasa menginovasi produk kami untuk menambah kehangatan dalam hidup anda. 

"Extra Spicy & Crispy baharu ini dicipta untuk memenuhi rasa mengidam makanan pedas anda dan bakal membuka selera - rasa sekali pasti nak lagi,” kata Chandrasagran Munusamy, pemangku Ketua KFC Malaysia. 



KFC Extra Spicy & Crispy boleh didapati melalui beberapa pilihan: Kombo 2-ketul, Kombo 3-ketul, dan Box Meal dihidang bersama Coleslaw segar, kentang putar berkrim, dan Teh Lemon Ais sejuk. 

Tambahan lagi, sesuai untuk dikongsi bersama, Kombo 6-ketul ada 1 kentang putar besar dan 2 Teh Lemon Ais, manakala Kombo 10-ketul pula ada 2 kentang putar besar dan 1.5 liter botol minuman berkarbonat. 

Boleh didapati bermula hari ini untuk waktu terhad atau sementara stok masih ada di restoran KFC seluruh negara. Harga bermula RM17.99. 

Pesan sekarang dalam aplikasi KFC Malaysia atau layari www.KFC.com.my. - KitaReporters/Kenyataan Media


6
12
0
12
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago