HENDAK seribu daya tak nak seribu dalih. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalau anda seorang usahawan, pasti kata-kata hikmah ini melekat dan menjadi pegangan dalam jiwa! Tak lupa juga kata azimat : Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. : KitaReporters
Fauziah Ahmad Daud berjaya melangkah setapak lagi dalam dunia perniagaan.
Lagi cerita-cerita berkaitan Fauziah Ahmad Daud:
https://kitareporters.com/search?search=fauziah+ahmad+daud
Bukan sahaja orang biasa, golongan artis juga ramai yang berjaya dalam perniagaan. Namun, tidak bermaksud mereka artis, maka mudah untuk memperoleh kejayaan!
Mereka juga sama seperti orang biasa, sering kali
gagal dan mengharungi pelbagai ujian bukan sahaja dalam perniagaan, tetapi
hidup. Antara contoh artis yang boleh dijadikan contoh ialah pelakon popular
Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy.
Biarpun beribu-ribu ujian mendatang dalam hidupnya termasuk isu kontroversi melibatkan kegagalan membayar baki bayaran pelakon teater Korupsi Dewan Semandung, dia tetap melangkah ke hadapan tanpa kenal erti putus asa.
Pek baharu untuk Sambal Goreng Saadiah.
Tujuh tahun Ogy memerah keringat dan berpanas di dapur bagi memastikan perniagaan sambal, resipi daripada arwah ibunya yang dikenali sebagia Sambal Goreng Saadiah berjaya dan dikenali ramai.
Akhirnya usaha dan kegigihannya itu mula maju setapak demi setapak. Kalau dulu sambal tersebut dimasak sendiri olehnya di dapur menggunakan kuali, kini ia dimasak di kilang yang lebih besar.
Inilah bukti perniagaan Sambal Goreng Saadiah yang diusahakannya semakin mendapat sambutan orang ramai. Justeru, Ogy menerusi akaun Instagramnya berterima kasih kepada semua yang membantu dan menyokong perniagaannya itu.
“Terima kasih Allah atas segala ujian dan nikmat yang Kau berikan kepada hambamu ini. Terima kasih mak (Saadiah) mengajar Fauziah resipi sambal ni. Terima kasih ayah mengajar Fauziah menjadi manusia berjiwa kental.
“Terima kasih adik-beradikku yang banyak mendoakan
dan membantu. Terima kasih Hamzah, anak saudaraku yang sudi mewarisi perniagaan
ini.
“Terima kasih pada semua yang pernah membantu saya ketika saya memulakan perniagaan sambal ini tujuh tahun lepas. Terima kasih pelanggan-pelanggan yang terus membeli dan menyokong perniagaan saya ini. Terima kasih kepada semua ejen yang gigih menjual sambal ini.
“Dari memasak di kuali hingga dapat ke kilang.
Terima kasih lee @sambalnltj di atas ruang dan peluang yang diberikan. Terima
kasih guru-guruku @irfan_khairi @fahdighazali @azwanirichworks di atas ilmu yang
diberikan dan kata-kata semangat.
“Terima kasih kepada semua yang banyak mendoakan
saya. Saya mendoakan kalian semua sentiasa dilimpahi rahmat Allah dan mendapat kebaikan,
kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perancangan Allah tetap yang terbaik,”
tulisnya penuh syukur.
Sementara itu, netizen turut tumpang gembira dan syukur kerana dapat melihat perniagaan artis kesayangan mereka maju setingkat lagi. Malah, adik Ogy iaitu pelakon Fazlina Datuk Ahmad Daud turut bangga dengan kakanya itu.
“Alhamdulillah, ramai sayang dan mendoakan kakak. Terima kasih bagi Hamzah peluang kak. Love u,” tulis Fazlina.
Semoga perniagaan Ogy semakin berkembang dan maju.
Ramai yang memuji Sambal Goreng Saadiah yang dijual Ogy sangat sedap. Jadi, tidak hairanlah kalau ia menerima permintaan yang tinggi sehingga Ogy terpaksa menyediakannya di kilang. - KitaReporters