Selera & Santai 22 Feb, 2022

Suka berkayak? Jom telusuri terowong belah bukit batu kapur! Berusia 500 juta di Kuala Perlis!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this


Menikmati panorama keindahan alam dengan menelusuri terowong belah bukit batu kapur berusia 500 juta tahun di Kuala Perlis. - Gambar dari Facebook Kayak Dahagi Perlis.


MENELUSURI terowong banjir membelah bukit batu kapur di Perlis yang berusia  500 juta tahun menjanjikan pengalaman yang amat menyeronokkan.

Mereka yang mencintai alam semula jadi dan menikmati keindahan dengan menelusuri bukit batu kapur berusia 500 juta tahun dengan kayak boleh berkunjung ke Kuala Perlis.

Terowong yang membelah bukit batu kapur dengan kayak di terusan Kampung Wai, Kuala Perlis sehingga Kampung Tebing Tinggi, Bintong ini sejauh 765 meter. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti berkayak

Berkayak melepasi terowong pengalaman yang amat menarik.

Aniq Izanif Mahar Effendi kanan membawa pengunjung yang menyewa kayak.



Keseronokan mereka yang telah merentas dengan kayak ini digambarkan melalui rakaman-rakaman foto yang dipaparkan dalam Facebook Kayak Dahagi Perlis.

Lima sahabat iaitu Aniq Izanif Mahar Effendi, 36; Taqril Tahir, 42; Mohd. Azrif Md. Amin, 29; Amir Aziz, 45; dan Mohd. Nadzri Mohd. Radzi, 42, telah memperkenalkan aktiviti tersebut sejak 2021 lalu, sekali gus membantu menghidupkan kawasan berkenaan sebagai salah satu tarikan baharu pelancongan di negeri Perlis ini. 

Aniq Izanif ketika dihubungi berkata, keindahan dan kehijauan air di terusan tersebut ketika berkayak amatlah sejuk dan nyaman terutama ketika merentas di dalam terowong berkenaan.

“Kami yakin pengunjung yang menyertainya akan merasai pengalaman baharu yang cukup berharga sambil menikmati keindahan alam di utara tanah air ini,” ujarnya lagi.


Berkayak ketika melepasi terowong.

Keindahan flora dan fauna pastinya mengamit pengemar aktiviti kayak.


Katanya sejak mereka perkenalkan aktiviti ini sambutan orang ramai amat mengalakkan termasuk pengunjung dari luar Perlis. 

Bagi pengunjung yang ingin menyertai trip ini mereka menyediakan 15 buah kayak setakat ini.

Aniq Izanif menambah sebelum ini, Terusan Kampung Wai agak terpencil sebelum mereka mengambil inisiatif membantu menghidupkan kawasan berkenaan dengan aktiviti kayak.

Semoga usaha ini dapat membantu merancakkan industri pelancongan dan ekonomi terutama bagi negeri Perlis. - KitaReporters


Pengunjung bersedia untuk berkayak.


Keindahan flora dan fauna ketika berkayak pastinya mengabadikan rakaman lensa sebagai kenangan. - Gambar-gambar koleksi: Facebook Kayak Dahagi.

11
14
0
18
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago