Selera & Santai 22 Apr, 2022

Video| Gara-gara Milli makan pulut mangga di atas pentas muzik! Jualan meningkat berkali ganda!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Milli memegang bekas berisi pulut mangga ketika membuat persembahan. - Kredit foto:  nme.com

GELAGAT penyanyi rap remaja Thailand, Danupa Kanateerakul atau lebih dikenali sebagai Milli yang menikmati juadah pencuci mulut pulut mangga di atas pentas ketika membuat persembahan di Festival Muzik Coachella, Amerika Syarikat pada Ahad, 16 April 2022 lalu menjadi tular dan mencetuskan fenomena baharu terhadap juadah itu di Thailand.

Sejak itu, permintaan terhadap hidangan pencuci mulut itu meningkat dengan ketara dan menurut satu aplikasi penghantaran makanan popular di Thailand, pesanan meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 24 jam selepas persembahan Milli.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan buah mangga

Gelagat Milli menikmati pulut mangga menjadi tular dalam media sosial menyebabkan permintaan terhadap pencuci mulut itu meningkat mendadak di Thailand. - Kredit foto : Lifestyle asia.com



Gimik penyanyi berusia 19 tahun yang pertama kali membuat persembahan solo di Califonia, Amerika Syarikat itu bukan  sahaja  menarik minat orang ramai di Thailand yang berebut-rebut mendapatkan hidangan tersebut, malah turut mendapat perhatian Jabatan Promosi Kebudayaan Thailand untuk mempertimbangkan permohonan menyenaraikan juadah tersebut sebagai warisan budaya tidak ketara (intangible) dengan UNESCO

Menurut laporan Bangkok Post, sejak beberapa hari kebelakangan, kedai pulut mangga terkenal di Bangkok, Mae Varee hampir tidak mampu memenuhi permintaan daripada orang ramai termasuk diserbu penghantar makanan yang beratur di luar premis untuk mendapatkan pesanan.

Media sosial di Thailand juga telah dipenuhi dengan imej pencuci mulut itu, satu meme menggantikan Monumen Demokrasi Bangkok dengan timbunan besar pulut dan empat keping mangga. 


Pulut mangga hidangan pencuci mulut popular di Thailand. - Kredit foto: Ilumunasi

Persembahan Milli  di Festival Muzik Coachella, Amerika Syarikat yang mendapat sambutan hangat . - Kredit foto: Syok.my

"Pada hari Ahad (17 April 2022) lalu, pesanan penghantaran meningkat sekitar tujuh kali ganda berbanding sebelumnya hanya kerana gara-gara Milli menikmati hidangan pulut mangga di atas pentas yang menjadi tular dalam media sosial.

"Situasi tersebut memaksa kami menutup tempahan penghantar makanan dari semasa ke semasa kerana tidak mampu menyediakan tempahan mengikut masa," kata Naparom Suntiparadom salah seorang ahli keluarga pemilik kedai tersebut. 

Menurutnya, fenomena tersebut amat positif dan memberi kelegaaan kepada peniaga-peniaga pulut mangga di mana kedainya sendiri Mae Varee bergantung kepada pelancong sebagai pelanggan sebelum wabak Covid-19, tetapi kini lebih bergantung kepada pelanggan tempatan beikutan sektor pelancongan masih belum pulih. 



Milli atau nama  sebenarnya Danupa Kanateerakul  merupakan penyanyi rap popular Thailand. - Kredit foto: Yupp Entertainment.

Jelas Napuron lagi, bagi menghasilkan pulut mangga, nasi perlu dalam bentuk yang sempurna di mana mereka perlu membersihkannya dengan teliti sebelum megukusnya selain menggunakan kelapa dari wilayah Surat Thani yang perlu direnekkan sebagai salah atu bahan untuk menghasilkan juadah tesebut.

"Rasanya manis, dan beraroma, namun tidak terlalu manis. Mangga yang digunakan juga beraroma selain mempunyai rasa manis semula jadi di mana 'signature' kami terdapat taburan kacang hijau rangup di atasnya.

"Saya rasa juadah ini seperti satu keperluan buat negara ini dan anda perlu datang ke Thailand untuk merasainya sendiri kerana rasanya tidak akan sama jika anda memakannya di tempat lain," katanya.


Milli  sentiasa memberikan yang terbaik ketika membuat persembahan. - Kredit foto : Koreboo.com


Ketika persembahan itu Milli yang  berusia 19 tahun turut melemparkan kritikan stereotaip klise Thailand dengan ungkapan bahawa dia tidak menunggang gajah dan Thailand merupakan sebuah negara baik yang mempunyai rakyat yang baik selain makanan yang sedap, namun kerajaannya rosak. 

Namun di sebalik kritikan itu, kerajaan Thailand telah berusaha untuk memanfaatkan trend tersebut untuk mencadangkan pengiktirafan juadah pulut mangga atau khao nieo mamuang dalam bahasa Thai sebagai salah satu warisan budaya Thai melalui UNESCO. - KitaReporters


12
12
0
12
0
You will be interested