Selera & Santai 23 Nov, 2025

Layanan mesra rakyat! Malaysia jadi hab utama pelancongan perubatan dan kesihatan di Asia Tenggara!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Malaysia semakin dikenali sebagai hab pelancongan perubatan dan kesihatan utama di Asia Tenggara bukan sekadar kerana rawatan berkualiti dan harga berpatutan, tetapi juga layanan mesra rakyatnya yang penuh keikhlasan.


Pengerusi Pengasas Mental Wellness Initiative di Global Wellness Institute (USA/Malaysia), Profesor Gerry Bodeker, berkata, keunikan Malaysia terletak pada kepelbagaian budaya yang melahirkan pelbagai kaedah rawatan tradisional dan moden. 
“Daripada perubatan Melayu, Cina, Ayurveda hingga amalan etnik Sabah dan Sarawak semuanya ada di sini,” katanya kepada media pada Persidangan Pelancongan Global Tourise, yang berlangsung di Riyadh, pada 11 November 2025.


Beliau berkata, kombinasi tradisi dan kemampuan menjadikan rawatan di Malaysia lebih berdaya saing serta menenangkan. 
“Rawatannya bukan sekadar murah, tapi menyentuh jiwa,” ujarnya sambil menambah bahawa keramahan dan empati rakyat Malaysia menjadi faktor utama yang menarik pelancong kesihatan di Asia Tenggara. - KitaReporters/Kenyataan Media

Kredit foto: gstc.org

19
13
0
11
0
You will be interested