Selera & Santai 29 Nov, 2020

Sanggup tukar dengan emas! Bagi dapatkan ikan laga supergold

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

PERNAH tak anda dengar atau melihat orang di sekeliling anda melakukan apa sahaja demi hobi? Setiap orang pasti mempunyai hobi tersendiri. Ada orang suka hobi yang biasa-biasa sahaja dan sebaliknya. Ada suka hobi yang mahal dan murah. Bergantung kepada tahap kemampuan seseorang itu. : KitaReporters


Ikan laga jenis supergold menjadi kesukaan Arief.


Lagi kisah-kisah berkaitan hobi:

https://kitareporters.com/search?search=hobi


Kisah yang dilaporkan oleh portal Suara.com berkenaan seorang pemuda dari Madiun, Jawa Timur, Indonesia ini mungkin agak luar biasa kerana sanggup menukar seketul emas demi memuaskan hobinya.

Arief Suma Romadhon mempunyai hobi mengumpul ikan laga. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan pelbagai jenis ikan laga.


Arief sedang meneliti ikan-ikan laga untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.


Ikan laga (betta fish) atau nama saintifiknya, Betta splendens, sememangnya pilihan popular masyarakat seluruh dunia sebagai ikan hiasan di rumah kerana mempunyai warna dan personaliti menarik. Jadi, tidak hairanlah ia menjadi buruan peminat ikan ini di serata tempat.  

Sesuai dengan popularitinya, ikan laga diketahui agak mahal mengikut jenis-jenisnya. Kalau di Malaysia, paling murah serendah RM3 dan paling mahal mencecah RM6,000 seekor.

Namun, kalau sudah namanya hobi, mahal atau tidak, seseorang itu sanggup lakukan apa sahaja demi mendapatkannya. 


Kepingan emas 999 yang menjadi pertukaran untuk empat ekor ikan laga.


Itulah yang terjadi kepada Arief yang sanggup lakukan apa sahaja waima menukarkan emas miliknya kepada penjual ikan laga.

Kepingan emas (999) seberat satu gram itu yang bernilai kira-kira RM280.13 mengikut harga emas terkini di Malaysia menjadi tukaran bagi mendapatkan empat ekor ikan laga.

Dalam video yang dikongsi dalam saluran YouTube Imam Madiun, Arief kelihatan begitu nekad memilih ikan laga untuk menjadi haiwan kesayangannya. 



Arief mengakui bahawa dia sangat menyukai ikan laga jenis supergold kerana keunikannya.

Sementara itu, penjual ikan berkenaan, Arnovian Pratikna menjelaskan bahawa Arief berminat untuk membeli ikan laga daripadanya tetapi pada masa itu Arief mengakui dia masih kekurangan tempat untuk haiwan kesayangan itu.

Menurut Arnovian ini bukan kali pertama dia menerima pembayaran unik seperti itu kerana sebelum ini pernah ada individu yang membayar dengan  iPhone 6s semata-mata untuk mendapatkan ikan laga kesukaan. 


Menurut penjual ikan laga, ini bukan kali pertama dia menerima bayaran dalam bentuk barang berharga.


Bagaimana dengan anda? Adakah sanggup menukar sesuatu yang berharga demi mendapatkan barang yang diidamkan? - KitaReporters


4
1
0
0
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago