Selera & Santai 13 Sep, 2020

Bubur asyura UUM! Untuk petugas barisan hadapan di sempadan

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

JABATAN Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Universiti Utara Malaysia (UUM) menyampaikan bungkusan bubur asyura untuk petugas Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Imigresen, Kastam, Polis Diraja Malaysia dan Klinik Kesihatan Laka Temin di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand, di Bukit Kayu Hitam, Kedah. : KitaReporters

Dr Massudi (dua dari kanan) menyampaikan bungkusan bubur asyura kepada petugas AKSEM di sempadan Malaysia - Thailand.


Lagi cerita-cerita berkaitan UUM:

https://kitareporters.com/search?search=uum


Dekan Pembangunan Pelajar UUM Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin bersama Pengetua Inapan Siswa Tradewind dan Proton Dr Rohafiz Sabar dan beberapa staf mengagihkan bubur asyura yang disediakan khas untuk petugas barisan hadapan di utara tanah air ini.


"Walaupun kecil sumbangan ini tetapi bagi kami amat besar bila melihat peranan dan sumbangan barisan hadapan negara yang sentiasa menjaga keamanan dan keselamatan negara terutama ketika wabak COVID-19 melanda dunia dan negara," ujarnya ketika menyampaikan sumbangan itu.

Bahan resepi tradisi yang disediakan untuk membuat bubur asyura.


Staf di Inasis Tradewinds dan Proton gotong-royong menyediakan bubur asyura.


Petugas sibuk menyiapkan bubur asyura untuk diagihkan kepada barisan hadapan negara.


Dalam pada itu Pengetua Tradewinds dan Proton, Dr Rohafiz berkata, lebih 100 bungkus bubur asyura yang dibuat oleh mereka disampaikan kepada petugas Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) selain daripada edaran kepada warga JHEP kampus itu. 

Staf, pelajar antarabangsa dan beberapa petugas unit pembersihan yang bertugas di Inasis itu gotong royong menyediakan bubur asyura yang dihasilkan dengan resepi tradisi. - KitaReporters

Dr Rohafiz (tiga dari kiri) menyampaikan bubur asyura kepada Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Laka Temin.


Polis Diraja Malaysia turut menerima bungkusan bubur asyura.


Wakil Jabatan Kastam di sempadan Malaysia-Thailand menerima bungkusan bubur asyura.


1
1
0
0
0
You will be interested