BILA sebut kantin sekolah pastinya kita membayangkan menu hidangan yang dijual tidak banyak pilihan dan kadangkala makanan yang ada tidak memenuhi cita rasa yang sebagai pembeli. Malah, ada yang membayangkan keadaan dan makanannya yang tidak menarik sama seperti zaman sekolah waktu dulu-dulu. : KitaReporters.com
TERSUSUN moden di kantin Sekolah Kebangsaan Bakar Arang, Kedah yang didekorasi kelihatan seperti hotel mewah. - Kredit foto Facebook Muhamad Naim Abdul Hamid.
Makanannya
tidak berkhasiat, tiada pilihan dan lain-lain sering menjadi rungutan pelajar
dan guru-guru.
Malah,
fikiran pasti membayangkan ruang makan besar, palang besi untuk beratur, meja
panjang, kerusi panjang, sinki dan deretan piring dan cawan plastik berisi
makanan juga air.
Tidak kurang juga bilik makan guru yang hanya ada meja makan, kerusi juga sinki.
HIDANGAN yang ditawarkan juga seimbang dan dipelbagaikan menu di kantin Sekolah Kebangsaan Sri Wang, Sungai Petani, Kedah. - Kredit foto Facebook Mohd Effendi Abdul Rahman.
PENYUSUNAN hidangan makan juga turut dititik berat bagi menarik minat pelajar di Sekolah Menegah Kota, Kelantan.
Namun
perkongsian dari gpsbestari.com mendapati kantin sekolah zaman moden hari ini sudah
jauh berbeza, tak macam dulu lagi.
Hasil kreativiti pihak pengurusan sekolah telah mengubah kantin menjadi sebuah ruang makan yang cantik, tidak ubah seperti sebuah kafe terkenal dan mewah.
Lebih teratur dan mejanya semua beralas kemas. Bilik makan guru juga telah berubah, deko dan tatahiasnya yang minimalis telah merubah ruang pandangnya.
Lebih menarik, terdapat pengusaha kantin begitu bijak menghias ruang kantin untuk memastikan guru dan murid selesa menjamu selera.
DEKORASI moden yang dilakukan di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru di Klang, Selangor.
Kantin Sekolah Rendah Temerloh jaya, Pahang. - Kredit Foto GPS Bestari.com.
Malah hidangan yang ditawarkan juga cukup menyelarakan dan berkhasiat!
Malah ada yang mempelbagaikan hidangan seperti spageti, chicken chop, lasagna, fish 'n chip dan lain-lain lagi hidangan.
Jom kita lihat himpunan kantin sekolah yang moden dengan menawarkan dekorasi menarik, bukan sahaja menawarkan ‘pemandangan’ yang menyejukkan hati tetapi hidangan juga menyelerakan dan paling penting harganya pula bersesuaian dengan pelajar. - KitaReporter.Com
KANTIN Sekolah Sains Perempuan Seremban, Negeri Sembilan.
.