Selera & Santai 23 Jul, 2025

Jom pi Festival Balik Pulau! Pertandingan makan durian, futsal kain sarung, Jualan Rahmah Madani!

@nazar hashim
Emel: nazarhashim10@gmail.com

Share this

Festival Balik Pulau selama 3 hari mulai 25 hingga 27 Julai menggamit pengunjung.

Balik Pulau, permata tersembunyi di sebelah barat Pulau Pinang yang terkenal dengan kehijauan sawah padi, suasana kampung yang tenang dan duriannya yang lazat, kini bakal menjadi lokasi menggamit kemeriahan sempena Festival Balik Pulau 2025.

Festival yang akan diadakan selama 3 hari mulai 25 sehingga 27 Julai seawal 9 pagi sehingga 11 malam menyediakan pelbagai program dan aktiviti yang menarik bertempat di pekarangan Kompleks Sukan Balik Pulau.


Pertandingan makan durian terpantas, badang durian dan teka jenis durian turut mengisi ruangan festival.

Pertandingan boria memberi peluang untuk kanak-kanak menampilkan bakat kumpulan masing-masing.

Antara program menarik ialah pameran pelbagai agensi kerajaan, aktiviti pertandingan dan interaktif serta kaunter perkhidmatan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta kaunter wang tidak dituntut.

Selain daripada itu, jualan durian Balik Pulau, jualan makanan dan minuman usahawanita, jualan pasola dan Jualan Rahmah Madani juga ada pada hari tersebut.


Pertandingan futsal kain sarung dijangka menjadi tarikan golongan remaja dan belia.


Pertandingan lagu 70-an, 80-an dan 90-an turut mengisi ruangan dengan penyertaan percuma.

Manakala acara menarik ialah pertandingan makan durian terpantas, badang durian dan teka jenis durian. Turut diadakan ialah pertandingan futsal kain sarung, pertandingan lagu 70an, 80an dan 90an.

Pertandingan Silat Seni (kategori berpasangan), pertandingan e-football, (mobile), pertandingan mewarna keluarga, pertandingan peragaan busana dan pertandingan Boria serta pertandingan tukang karang boria cilik turut diadakan pada festival kali ini.

Juga mengisi ruang festival ialah pelancaran Senam Seni 2.0 peringkat negeri Pulau Pinang serta Malam Santapan Rohani bersama Ustaz Ilyas Ismail, Ustaz Manis dan kumpulan nasyid popular Hijjaz. - KitaReporters


Malam Santapan Rohani turut menampilkan kumpulan Hijjaz, Ustaz Ilyas Ismail dan Ustaz Manis.

19
10
0
19
0
You will be interested