Selera & Santai 17 Dec, 2020

Video| Mesti nak kena! Nasi Atuk, Kari Atuk KFC yang baharu!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

DIINSPIRASIKAN daripada rakyat Malaysia, dihasilkan oleh rakyat  Malaysia untuk rakyat Malaysia, KFC membawakan penambahan menu yang dinanti-nantikan iaitu Nasi Atuk KFC baharu! Meraikan Malaysia, rakyat Malaysia, dan sejarah KFC di Malaysia, Nasi Atuk KFC menggandingkan ayam goreng KFC yang selalu diidami bersama makanan kebangsaan tercinta, Nasi  Lemak. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan KFC:

https://kitareporters.com/search?search=kfc


Menurut satu kenyataan media, apa yang istimewa tentang Nasi Atuk KFC selain ayam yang sedap hingga menjilat jari adalah anda boleh memilih untuk menikmatinya bersama nasi lemak wangi yang diperbuat daripada daun pandan dan santan atau pilih KFC Colonel Rice popular (nasi ayam klasik KFC). 

Semestinya dihidangkan dengan makanan  sampingan tradisional - telur rebus, hirisan timun segar, kacang, dan sambal ikan bilis menggiurkan – yang  merupakan jiwa juadah kebangsaan ini dan pelengkap rasa dan tekstur yang menjadikannya hidangan  ikonik.  



Nasi Atuk KFC boleh didapati melalui 3 variasi: 

  • 1 ketul ayam, 
  • 2 ketul ayam, atau 
  • Hot & Spicy Zinger Fillet tanpa tulang. 

Apa jua pilihan anda, campuran hebat rasa, tekstur, dan ramuan Nasi Atuk KFC ini menjanjikan hidangan lengkap dan memuaskan. 

Namun, jika anda mahu lebih keenakan, anda boleh add-on Kari Atuk KFC yang kembali atas permintaan ramai. Kari kentang yang mengandungi ketulan kentang sebenar yang sedikit pedas dan menggiurkan ini membawakan ekstra kenikmatan dengan hanya  RM3.  



Kini, anda boleh memuaskan keinginan mengidam nasi lemak dan nasi ayam bila-bila sahaja! Nasi Atuk  KFC boleh didapati di seluruh restoran KFC di Malaysia bermula 17 Disember 2020. Mesti Nak Kena! 

Dapatkannya selamat, mudah, dan tanpa sentuh melalui setiap saluran. 

Untuk lebih kesenangan, pilih  perkhidmatan Self Collect Pandu Ambil di mana anda boleh mengambil pesanan bawa pulang anda tanpa keluar kereta. Cuma buat pesanan di www.KFC.com.my atau melalui aplikasi mobil KFC Malaysia. - KitaReporters


7
1
2
0
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 4 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago