Selera Santai 10 Mar, 2021

Jual ikan pekasam! Haji Pein raih jualan RM5,000 sebulan! Syukur jadi usahawan kecil berjaya!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Ikan sungai yang akan diproses menjadi ikan perkasam


BERMULA dengan hobi memancing, seorang pengusaha ikan pekasam kini mampu tersenyum lebar kerana perniagaannya bertambah maju dan menjadikan beliau seorang usahawan kecil yang berjaya di daerah Setiu, Terengganu.

Abdul Rahman Abu Bakar, 66 dari Kampung Pelong, Setiu, Terengganu mula menjalankan perniagaan menjual ikan pekasam itu sejak lebih tiga tahun lalu.

"Memang saya gemar memancing sejak kecil bagi memenuhi masa lapang tetapi lama kelamaan ianya menjadi ketagih. Hampir setiap petang saya akan keluar memancing sama ada seorang atau dengan rakan," katanya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan ikan pekasam:

https://kitareporters.com/search?search=ikan+pekasam


Ikan perkasam keluaran Pein siap dibungkus untuk dipasarkan


Pengusaha ikan pekasam Pein menunjukkan produk yang diusahakan keluarganya


Menurut Abdul Rahman yang juga dikenali dengan nama Haji Pein, sejak 10 tahun lalu beliau meluangkan masa memancing di sungai di kampungnya atau di Tasir Kenyir, Hulu Terengganu, dengan menaiki bot.

"Pada mulanya saya buat ikan salai tetapi ianya tidak tahan lama, selepas itu barulah saya buat ikan pekasam ini kerana ianya tahan lebih lama.

“Saya belajar membuat ikan ini daripada seorang menantu saya yang berasal dari Perak," katanya yang pernah menjual lebih 10 pek dalam masa sehari.

Ahli keluarga Pein menjalankan kerja-kerja menyian ikan


Pein berkata, sekarang dia tidak lagi bergantung sepanuhnya kepada ikan yang dipancingnya, sebaliknya ikan mentah beliau dapat daripada pemancing-pemancing lain termasuklah pembekal dari Tasik Kenyir yang menghantar ikan mentah kepada beliau.

"Hasil dari usaha ini, saya sekarang mampu memproses ikan pekasam sebanyak 30 kilogram seminggu,” katanya.


Proses menyiang ikan


Ketika ini, beliau memperolehi pendapatan hasil jualan ikan berkenaan kira-kira RM5,000.00 sebulan.

Menurut Pein lagi, ikan pekasam berjenama "Ikan Pekasam Haji Pein" itu, dijual di kedai beliau iaitu di Simpang 4 Kampung Pelong, Setiu, Terengganu.


Pein memancing sendiri untuk mendapatkan bekalan ikan di sungai berhampiran rumahnya


Selain itu, katanya, dia juga memasarkan ikan ini di beberapa tempat di daerah Setiu dan Hulu Terengganu.

"Saya ada juga menerima tempahan dan pesanan daripada pelanggan dari Terengganu termasuk Kuala Lumpur, Johor dan Kedah," katanya.


Ikan perkasam yang siap dimasak 


Pein berterima kasih kepada pelangannya serta kawan-kawan yang banyak memberi sokongan bagi menjayakan perniagaan itu.

"Walaupun terdapat pengurangan keluaran pada musim Covid-19 ini tetapi saya bersyukur kerana perniagaan ini mampu diteruskan sehingga kini," katanya. - KitaReporters


Produk ikan pekasam keluaran Abdul Rahman Abu Bakar atau Haji Pein

12
5
2
1
3
You will be interested

Rezeki dua beradik! Gigih usahakan perniagaan tauhu! Mampu jual antara 1k hingga 1.5k sehari!

Mohd Nadzri Esa dan adiknya, Mohd Izzuddin di Kampung Usaha Jaya, Labis gigih usahakan produk makanan berasaskan kacang soya terutama tauhu sejak 10 tahun lalu

Mohamed Sa'ari in Selera Santai 1 month ago

Video| Tak masuk akal! Kudapan bentuk raksasa Loch Ness! Dijual lebih daripada RM297k dalam eBay!

Seorang individu dari AS cuba nasib jual sepotong makanan ringan jenama Cheetos yang berbentuk raksasa Loch Ness secara dalam talian pada harga lebih RM297,000
Zul Akmar Jamaludin in Selera Santai 1 week ago

Mahu kongsi hadiah RM12k dengan mangsa banjir! Juarai Port Dickson Surfcasting Challenge 2021!

Kemenangan itu membolehkan Mohd Khairul berjaya menewaskan 724 peserta lain yang mengambil bahagian di sepanjang 885 meter pantai Cahaya, Port Dickson.
News Editor 1 in Selera Santai 2 weeks ago

Mana kaki pancing? Jom serbu PD Surfcasting Challenge 2021! 25 Disember! Rebut wang tunai RM12k!

Pantai Cahaya Negeri di Port Dickson bakal diserbu kira-kira 800 kaki pancing sempena PD Surfcating Challenge 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 25 Dis 2021
News Editor 1 in Selera Santai 3 weeks ago

Dakwa pecah rekod dunia! Kek brownies campuran ganja seberat 385kg! Pencuci mulut yang berbahaya?

Syarkat MariMed Inc dari Massachusetts dakwa telah hasilkan kek brownies ganja seberat 385 kilogram dan yang terbesar di dunia, sekali gus memecah rekod dunia
Zul Akmar Jamaludin in Selera Santai 1 month ago