Selera & Santai 28 Jul, 2024

Paling Banyak Hasilkan Kuih Coklat Cadbury untuk Amal! Gelaran milik PPR Lembah Subang, Seri Pantai!

@gamal nasir mohd ali
Seorang wartawan selama lebih 30 tahun selepas menyertai Utusan Melayu pada 1989. Bergelumang dalam bidang Online sejak 2000 dan kini mengendali KitaReporters dan UtusanPress. Emel: [email protected]

Share this

Dari kiri ke kanan: Nur Sharzi Bashar, See Mei Sin dan Sarasvathy Periasamy


Kumpulan srikandi dari PPR Lembah Subang dan Seri Pantai telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records atas sumbangan mereka dalam inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk. 

Menerusi sokongan Cadbury Dairy Milk, kumpulan yang berbakat dan cekal ini telah meraih gelaran ‘Paling Banyak Kuih Coklat Cadbury Dihasilkan untuk Kempen Amal’ atas kejayaan menghasilkan 150,000 kuih dalam dua minggu.

15 pembuat kuih yang dipilih merupakan usahawan kecil-kecilan dan penerima bantuan Yayasan MyKasih, yang dipilih daripada komuniti yang terbabit dalam program bantuan makanan tanpa tunai.

Menerusi kerjasama dengan inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk, mereka telah menghasilkan 2,000 botol Tart Coklat dan Keju Cadbury, yang kemudiannya dibeli oleh Cadbury Dairy Milk Malaysia untuk disalurkan kepada lebih 30 rumah kebajikan dan komuniti kurang berkemampuan melalui bantuan Food Aid Foundation. 



Pencapaian hebat ini mencerminkan ketabahan dan dedikasi mereka untuk menambah baik kehidupan mereka sendiri serta keluarga tersayang. 

Mereka bukan hanya membawa keceriaan dan sokongan penting kepada komuniti yang memerlukan semasa musim perayaan, tetapi juga menunjukkan bagaimana individu-individu daripada latar belakang yang kurang berkemampuan mampu memperbaiki kehidupan diri mereka sambil membantu insan-insan lain yang memerlukan. 

Kisah ini menonjolkan impak positif daripada pemerkasaan dan sokongan komuniti, yang mampu menginspirasikan orang lain untuk mengejar impian mereka dan mencetuskan perubahan yang amat bermakna.

Nur Sharzi Bashar, 41, yang mengetuai kumpulan pembuat kuih di PPR Lembah Subang, berkata: “Projek ini amat bermakna buat saya secara peribadi. 

"Saya dan arwah kakak saya memang beringin dan merupakan impian kami untuk bersama-sama membuka sebuah kafe, dan inisiatif ini telah membantu mengekalkan impian saya ini.”

“Saya bersyukur kerana diberi peluang bukan sahaja untuk menambah pendapatan keluarga, tetapi juga mengejar impian saya sambil memiliki sebuah perniagaan di rumah. 

"Semoga saya dapat memberi inspirasi kepada wanita lain untuk melakukan perkara yang sama,” kata Sarasvathy Periasamy, 46, yang mengetuai pasukan PPR Seri Pantai untuk inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’.



Ketua Pemasaran untuk Pasaran Malaysia dan Singapura di Mondelez International, See Mei Sin, berkata: “Keazaman yang ditunjukkan wanita-wanita ini sungguh luar biasa, dan semoga inisiatif ini akan menggalakkan mereka untuk mengembangkan lagi kemahiran mereka dan meneroka peluang baharu dalam industri bakeri. 

"Di Cadbury Dairy Milk, kami berbangga untuk menyokong impian dan kreativiti. Sejak 2021, ‘Kuih Raya Dari Hati’ telah berkembang daripada sebuah inisiatif yang menginspirasikan rakyat Malaysia untuk membuat kuih bersama Cadbury kepada menggalakkan mereka untuk menyokong komuniti memerlukan di sekeliling mereka, dan kami berhasrat untuk terus menyemarakkan semangat kemurahan hati di Malaysia melalui inisiatif ini.”

Inisiatif tahun ini adalah lanjutan daripada #MDLZPrihatin, kerjasama jangka panjang antara Mondelez International (Malaysia) dan MyKasih bagi menyokong dan memperkasakan keluarga dan komuniti kurang berkemampuan. - KitaReporters/Kenyataan Media


11
14
0
10
0
You will be interested