ZAMAN sekarang ini harga makanan semakin hari semakin mahal kerana inflasi menyebabkan kos sara hidup juga meningkat dan menyebabkan ramai orang terkesan.
Namun harga makanan sepatutnya tidak boleh dinaikkan dengan keterlaluan atau sesuka hati begitu sahaja dan paling penting harga yang tidak masuk akal.
Tular sebuah posting dalam Twitter memaparkan seorang individu dikenakan harga makanan yang tinggi semasa lunch break telah mencuri tumpuan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan harga mahal
Rupa-rupaya mereka berdua telah dikenakan harga makanan yang mencecah RM71 dengan hanya mengambil lauk ikan, petai, sedikit kuah, daging dan juga sotong.
Apa yang mengejutkan apabila seekor sotong yang bersaiz kecil dicas dengan harga RM2 seekor dan sangat mengejutkan buat mereka berdua.
Oleh sebab posting ini, rata-rata netizen berpendapat bahawa banyak kedai makan yang meletakkan harga yang tinggi untuk sepinggan nasi dimakan tanpa kita tahu berapa spesifik harga lauk tersebut.
Tambahan, mereka juga berkongsi menyatakan bahawa apa-apa pun sebelum membayar mohon pemilik kedai untuk menyatakan harga bagi setiap lauk supaya tidak ditipu dan perlu membayar dengan harga yang mahal.