Sambal Nyet kini semakin mendapat tempat dalam kalangan peminatnya bahkan menjadi pilihan utama buat mereka yang suka sambal pedas. Diasaskan oleh Khairulaming atau Khairul Amin Kamarulzaman sejak 2021 dan sekarang pemintaan dari orang ramai terus meningkat berlipat kali ganda.
Dirinya bukannya artis tapi hanya influencer (pempengaruh) biasa namun cukup terkenal dalam platfrom media sosial dek kerana suka memperkenal pelbagai resipi masakan yang mudah tetapi menyelerakan dan sedap terutama sekali menu pada bulan Ramadan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan bersambal
Melalui perkongsian daripada Khairul, dalam masa dua tahun ini, Sambal Nyet telah terjual sebanyak 1.5 juta botol dan jumlah jualan terkumpul adalah RM21.5 juta. Satu angka yang begitu besar buat dirinya apatah lagi ia masih baru di dalam pasaran Malaysia.
Menurut pengasasnya itu, pada tahun 2021, hasil jualan terkumpul RM7.5 juta dan tahun 2022, jumlahlah terus meningkat hampir dua kali ganda iaitu RM14 juta.
Bagi memastikan Sambal Nyet ini berada pada tahap terbaik, setiap proses itu berjalan dengan begitu teliti agar kualiti itu sentiasa terjaga dan paling penting pelanggan akan dapat rasa yang sama setiap kali membeli.
Ia bukan tugas mudah untuk memastikan setiap proses itu berjalan dengan baik maka disebabkan itu, barang yang digunakan itu sentiasa dalam keadaan segar.
Sambutan luar biasa daripada orang ramai juga membolehkan beliau membuka satu kilang di Kelantan dan kini telah bermula proses sepenuhnya dan ini akan memberi peluang kepada pelanggan untuk membeli. Hal ini kerana Sambal Nyet ini sentiasa menjadi rebutan dan sentiasa 'sold out' setiap dibuka.
Dengan adanya kilang baharu ini, pasti jumlah jualan akan dipertingkat dan jumlah keuntungan juga akan terus menngkat.
Moga usaha yang dilakukan oleh anak muda ini mampu berjaya dan melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa. - KitaReporters