Selera & Santai 07 Aug, 2022

Video| Syabas! Kakak bakeri jadi penyelamat! Baiki kek kahwin hampir runtuh! Majlis kurang 24 jam!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


SEORANG pengusaha bakeri baru-baru ini berkongsi kisah seorang pengantin perempuan terpaksa meminta bantuannya pada saat akhir majlis perkahwinannya setelah kek yang ditempah pada tempoh awal tidak memenuhi kualiti yang diharapkan.

Menerusi satu video tular oleh @chadellthebaker, pengguna tersebut menceritakan seorang pengantin meminta bantuannya kurang daripada 24 jam majlis perkahwinan untuk membaiki kek perkahwinannya yang hampir rebah dan tidak kemas.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kek perkahwinan


“Semalam ada orang datang minta tolong baiki kek kahwinnya yang hampir rebah. Keadaan kek memang teruk. Coating kek memang tak kemas, kek hampir senget.

“Mula-mula tak nak ambil permintaan tersebut sebab dah di saat akhir, tetapi memikirkan kesian takut tiada kek kahwin pada majlis,” katanya dalam laman TikTok yang kini telah mendapat lebih 800,000 tontonan.




Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna platform media sosial yang memuji hasil kerja pengusaha bakeri tersebut meskipun dilakukan pada saat akhir.

Rata-rata pengguna media sosial mengucapkan tahniah atas usaha beliau menyelamatkan majlis perkahwinan yang merupakan hari bahagia pengantin menjadi rosak akibat kek yang hampir musnah.

“Syabas sis, kembalikan rasa gembira pengantin. Semoga Allah permudahkan urusan sis dilimpahi rezeki yang berkat,” tulis @ManjaSuriHomeSpa.

“Terima Kasih kakak gembirakan pengantin,” ujar @sharifahatifah.

“Kek cantik sangat. Semoga Allah permudahkan segala urusan sis,” kata @NorHidayah. - KitaReporters




13
15
0
15
0
You will be interested