Selera & Santai 11 Aug, 2022

Penangan Primula Pink Ride! Mulanya wanita sahaja! Kemudian dibuka untuk semua! 850 peserta hadir!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Peserta kayuhan melalui laluan pantai


AKTIVITI kayuhan basikal sememangnya sinonim dengan penduduk Negeri Terengganu selepas negeri itu melahirkan seorang jaguh jaguh sukan berbasikal bukan sahaja di Malaysia malah mengharumkan negara pada peringkat antarabangsa

Selepas kejayaan pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang anak kelahiran Terengganu mencipta nama tiba-tiba aktiviti berbasikal dalam kalangan penduduk negeri itu seakan menjadi ikutan.

Malah, golongan wanita juga tidak ketinggalan menampilkan diri menyertai aktiviti tersebut bukan sekadar menyertai kayuhan untuk beriadah tetapi juga menyahut cabaran dalam pertandingan kayuhan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti berbasikal


Peserta berada di tempat permulaan kayuhan di Dataran Primula, Kuala Terengganu pada 6 Ogos 2022.


Penganjuran program berbasikal ‘Primula Pink Ride’ anjuran Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 6 Ogos 2022 lalu membuktikan ramai golongan wanita menyertai pertandingan itu apabila tampil berasing dengan peserta lelaki.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman mengakui Program ‘Pink Ride’  tersebut pada mulanya dibuka untuk kaum wanita sahaja tetapi terdapat beberapa permintaan untuk dibuka buat kaum lelaki juga dan akhirnya pihak penganjur memutuskan untuk buka kepada semua golongan

“Program ini dianjurkan buat pertama kalinya di bawah Hotel Primula dan mendapat maklum balas yang sangat memberangsangkan daripada semua pihak,” jelas Ariffin. 


Ariffin Deraman ditemani Suaibah Harun


Seramai  850 orang peserta termasuk dari luar Terengganu menyertai kayuhan melibatkan laluan sejauh 47 kilometer

Pengurus Besar Primula Beach Hotel, Suaibah Harun berkata, penganjuran julung kali dilakukan oleh pihak hotel tersebut  menawarkan hadiah utama bagi cabutan bertuah adalah wang tunai berjumlah RM10,000 diikuti dengan TV, gelang emas dan pelbagai lagi.


Aksi peserta wanita


Kata Ariffin, Primula Pink Ride, program kayuhan berbasikal terbesar pernah dianjurkan mampu meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri ini selain mempromosikan aktiviti sukan terutama berbasikal.

Menurut beliau, Primula Pink Ride telah dimasukkan ke dalam ‘TIG Challenge Series 2022’ yang merupakan buku aktiviti tahunan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd selaku penaung anak-anak syarikat kerajaan negeri Terengganu. 

“Program ini bertujuan memperomosikan sukan berbasikal sebagai aktiviti menarik yang sinonim dengan negeri Terengganu melalui tawaran pakej ‘experience tourism’ (pengalaman pelancongan) hasil penglibatan dan pengalaman peribadi peserta,” katanya.

Selain itu, katanya, ia juga untuk memupuk semangat kerjasama dan perkukuh hubungan Primula Beach Hotel dengan peserta serta pelbagai pihak seperti jabatan, agensi, media dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara.


Antara peserta wanita yang menyertai acara kayuhan basikal 


Golongan Wanita tidak mahu ketinggalan menyertai kayuhan sejauh 47 kilometer


Primula Pink Ride diadakan pada Sabtu, 6 Ogos 2022 bermula jam 7 pagi dengan kayuhan sejauh 47 kilometer melibatkan beberapa tempat menarik seperti Bandar Baharu Kuala Nerus, Pantai Seberang Takir (Pantai Miami) dan Terengganu Drawbridge.

Ia disempurnakan Ariffin Deraman dengan menyediakan pelbagai hadiah lumayan seperti wang tunai RM10,000, telefon pintar iPhone 13 serta barangan kemas disediakan kepada peserta bertuah.


Wanita bertuah memenangi cabutan bertuah wang tunai RM10,000


Kata Ariffin, sepanjang kayuhan tersebut para peserta turut diperkenal kepada kawasan Bandar Baharu Kuala Nerus sebagai destinasi pelancongan yang bakal menjadi tarikan terbaharu pengunjung ke Terengganu.

Jelas beliau, program itu juga bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk pelancongan di terdapat di daerah khususnya di Kuala Terengganu kepada pelancong sekali gus menjana sumber pendapatan hotel serta perniagaan setempat. 

“Syukur, program ini dapat sambutan positif dan kami harap ia dapat diteruskan pada masa akan datang untuk menarik pengunjung datang ke Terengganu selain menyumbang kepada ekonomi dalam sektor pelancongan melalui aktiviti sukan,” katanya. - KitaReporters


Peserta kayuhan melalui Jambatan Sultan Mahmud,Kuala Terengganu

8
21
1
7
0
You will be interested