Selera & Santai 27 Oct, 2023

Video| Taman Jubli Emas: Satu lagi tarikan pelancongan Kedah! Paparkan keunikan 1,000 tahun Kedah!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this



Negeri Kedah Darul Aman sekarang bukan setakat dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi Malaysia tetapi juga negeri pelancongan. Jika selama ini Langkawi dan Pekan Rabu kerap jadi sebutan pengunjung luar, kini satu lagi destinasi pelancongan ada di Kedah. 

Terletak di Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Taman Jubli Emas kini menjadi tumpuan penduduk Alor Setar dan pengunjung luar yang bercuti di Kedah. Lokasinya yang berhampiran kompleks baharu Mahkamah Tinggi Alor Setar memudahkan pengunjung mencari dan singgah untuk beriadah dan bersantai. 
Ia dibina sempena meraikan sambutan Jubli Emas Sultan Kedah ke-27, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan dirasmikan oleh baginda pada 9 September 2008.
Taman ini memaparkan keunikan negeri Kedah sejak 1,000 tahun yang lalu. Tugu Jubli Emas di taman ini dikelilingi lima arca keris yang melambangkan pemerintahan 50 tahun Sultan Abdul Halim. 


Ia mempunyai sebuah kolam ikan di tengah-tengah taman. Juga pelbagai aktiviti untuk belia dan remaja seperti go-kart, papan luncur, payung terjun, menunggang kuda dan taman permainan.
Cantik dengan kehijauan alam sekitar yang masih terpelihara Taman Jubli Emas ini menjadi lokasi keluarga jauh dan dekat bertemu dan menghabiskan masa mengerat silaturahim. 
Padang yang luas memberi keseronokan kepada kanak-kanak untuk bermain sambil berlari-lari. Ada juga yang bermain layang layang  belon dan bergambar dengan maskot . 

Juga mainan kanak kanak seperti belon dan buih juga ada dijual. Mr. Clown atau badut juga sedia menawarkan diri untuk menghiburkan kanak-kanak. 





Jika terasa lapar dan dahaga gerai makan ada di luar kawasan masuk ke taman. Pelbagai jenis makanan disediakan untuk pengunjung. Laksa, bihun goreng, mi, celup celup, aiskrim , sate dan macam-macam lagi ada. 
Go-kart, basikal dan motor juga disediakan untuk kanak-kanak yang suka sukan lasak. Selain itu kereta kuda dan kuda dan juga ada. 

Keluarga yang ingin ketenangan boleh berkelah di atas padang atau tepi tasik sambil menikmati juadah yang dibawa dari rumah. 

Dibuka setiap hari mulai 3 petang hingga 8 malam ia turut meriah pada hujung minggu Jumaat dan Sabtu dengan pelbagai aktiviti untuk pengunjung. 
Terletak kira-kira 15 minit memandu dari bandar Alor Setar ia sangat mudah untuk dicari. Kemudahan asas juga lengkap. 
Kepada pengunjung luar Kedah dan anak jati Kedah jangan lupa singgah ke Taman Jubli Emas di Jalan Suka Menanti bersama keluarga jika anda ada di Kedah. - KitaReporters


19
8
0
11
0
You will be interested