Selera & Santai 28 Dec, 2021

Mahu kongsi hadiah RM12k dengan mangsa banjir! Juarai Port Dickson Surfcasting Challenge 2021!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


SIAPA sangka dengan hanya meletak umpan beberapa minit akhirnya Mohd Khairul Said berjaya menaikkan ikan tapak kasut seberat 835 gram sekali gus menjuarai Port Dickson Surfcasting Challenge 2021.

Lebih membanggakan Mohd Khairul dari Shah Alam berjaya membawa pulang hadiah utama bernilai RM12,000. Inilah dinamakan rezeki terpijak!

Kemenangan itu membolehkan lelaki berusia 34 tahun itu berjaya menewaskan 724 peserta lain yang mengambil bahagian di sepanjang 885 meter pantai berkenaan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan memancing


Mohd Khairul Said (tiga dari kanan) menerima hadiah utama bernilai RM12,000. 



Berkongsi kejayaaan dalam pertandingan memancing anjuran Majlis Perbandaran Port Dickson dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, pada Sabtu 25 Disember 2021 lalu, bapa muda  yang berpengalaman memancing selama 10 tahun itu menyuarakan hasrat untuk berkongsi rezeki yang diterima bersama mereka yang berdepan musibah bencana banjir baru-baru ini.

“Saya anggap ini rezeki kami sekeluarga dan saya berhasrat berkongsi rezeki kejuaraannya ini dengan mangsa banjir yang terkesan di Sepang.

"Saya tidak menunggu masa lama dan dalam tempoh kira-kira beberapa minit berjaya menaikkan ikan tapak kasut dan tidak sangka ia adalah ikan paling berat berjaya dipancing dalam pertandingan ini,” tambahnya yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah pusat perkhidmatan kereta di Subang Jaya.



Sementara itu, pemenang kedua, Fadir Alli, 34, membawa pulang RM3,000 apabila berjaya mendaratkan ikan daun baru seberat  815 gram. 

Spesis yang sama juga, Mohd Amran Ibrahim, 45, pula mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM1,000 seberat 0.785 gram.

Yang Dipertua MPPD, Mohd Zamri Mohd Esa berkata, kehadiran peserta dalam pertandingan bukan sahaja memeriahkan keadaan tetapi diyakini membantu mempromosikan Port Dickson mengenai keindahan keindahan pantai selain memiliki pelbagai jenis ikan pesisir pantai.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua peserta terutama yang datang dari luar Negeri Sembilan. Acara ini merupakan penutup program Karnival Sukan Port Dickson 2021



Menerusi program berkenaan, hampir 300 ekor ikan berjaya dinaikkan oleh para peserta antaranya ikan senangin, bayan, tetuka, kapas, tapak kasut selain daun baru yang mendominasi keseluruhannya tangkapan para peserta di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson kali ini.

Hadiah pertandingan dan cabutan bertuah utama disampaikan oleh Mohd Zamri diiiringi oleh Siti Aishah Mohd Azam, wakil Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan; Mohamad Hafifi Noor Idris, Penolong Pegawai Daerah Port Dickson; dan Ahli-Ahli Majlis MPPD. - KitaReporters


11
12
0
13
0
You will be interested