Selera 01 Jun, 2020

Guna telur tamat tempoh! Punca keracunan makan puding buih!

@mohammad ishak
Bekas Wartawan Sambilan Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin, di Hulu

Share this

PENGGUNAAN telur tamat tempoh yang digunakan untuk mengadun puding buih menjadi punca utama berlaku kes keracunan makanan menyebabkan 99 individu di negeri Terengganu terpaksa dirujuk ke hospital pada Isnin, 25 Mei 2020. Perkara itu diketahui selepas keputusan sampel dilakukan. : KitaReporters 

Telur Gambar hiasan


Pemeriksaan sampel telah dilakukan oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu yang mendapati penggunaan telur tamat tempoh adalah punca utama kes tersebut berlaku.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, berikutan kes berkenaan, kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) untuk merangka satu Prosedur Operasi Standard (SOP) yang baharu bagi menangani isu berkait kebersihan dan keselamatan makanan. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak 


Katanya, langkah itu diambil susulan kejadian keracunan puding buih yang melibatkan 99 individu dari daerah Marang dan Kuala Terengganu yang terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu selepas berlaku kes keracunan makanan baru-baru ini. 

“Kita akan kuat kuasakan dari segi perlesenan, suntikan dan sebagainya kepada semua peniaga di rumah atau ‘online’ yang tidak berlesen,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Iman,Kuala Terengganu pada Ahad, 31 Mei 2020. 

Mengulas mengenai insiden itu, beliau memaklumkan bahawa semua mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu  sudah menutup dapur premis terbabit selama 14 hari sehingga 7 Jun 2020.

Beliau berkata, tindakan dibuat mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Puding buih. - Gambar hiasan


Pada Isnin, 25 Mei 2020, seramai 99 mangsa dikejarkan ke HSNZ apabila mengalami muntah dan cirit-birit selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian.

Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, pengusaha puding buih itu juga tidak mempunyai lesen perniagaan selain tidak melakukan suntikan vaksin penyediaan makanan.

Katanya, pengusaha puding buih itu mempromosikan pencuci mulut itu secara dalam talian.

"Berikutan kes itu, JKNT diarah mengenal pasti semua pengusaha dan pengendali makanan untuk melakukan suntikan vaksin," katanya. - KitaReporters

You will be interested

Tak mahu terus kerugian! Elfira Loy tutup kafe kesayangannya

Elfira Loy menutup kafenya bukan kerana pandemik Covid-19, sebaliknya kerana tidak dapat mengurus perjalanan kafe dengan baik kerana mempunyai komitmen lain

Fauzan Ahmad in Selera 1 week ago

Kenapa Fazley tutup SukaSucre Bistro? Buka pula Minang Tapau

Fazley Yaakob mengumumkan premis SukaSucre Bistro miliknya di Taman Pertama, Cheras telah ditutup. Tapi dia akan membuka SukaSucre Bistro di tempat baharu
Khadijah Ibrahim in Selera 20 hours ago

Ular bawa rezeki? Kini roti canai ular tular dalam medsos!

Kehadiran 'tetamu' tidak diundang memberi idea kepada penebar roti canai, Che Harun Ali untuk mereka sejenis roti canai jenis baharu kepada pelanggannya
Zuhayati Yazid in Selera 2 days ago

Matilanak! Ingat cheese tapi Tupperware emak! Nak jawab apa?

PERKONGSIAN seorang pengguna Twitter mengenai kejadian pinggan Tupperware milik ibunya musnah dek kecuaian dirinya menarik perhatian netizen termasuk selebriti
Zul Akmar Jamaludin in Selera 4 days ago

Bubble Bee kian popular! Pengorbanan Shuib Sepahtu berbaloi!

Bila melihat kedai minuman jenama Bubble Bee Malaysia, pasti ramai yang kata, untunglah Shuib Sepahtu. Tapi setiap kejayaan memerlukan pengorbanan yang besar
Khadijah Ibrahim in Selera 4 days ago