Selera Santai 09 Dec, 2020

Video| Guru pondok buat video masak! Jual sos bagi cari dana

@samsudin oli mohamed
34 tahun berpengalaman sebagai Jurufoto Berita Harian, Jurufotografi UUM, Wartawan bebas Akhbar Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia, Kosmo, Sinar Harian, Majalah Pendidik, Dewan Masyarakat, Rtm Kedah/Perlis, Penceramah Fotografi, kewartawanan

Share this

Guru Bahasa Melayu, Nur Azwaadiey Rosli di Pondok Moden Darussalam Changlun (PMDC) menghasilkan video masakan untuk jualan sos pencicah bagi mencari dana untuk pondok tersebut. Guru yang berusia 25 tahun dan berasal dari Kota Bharu itu berkata, idea untuk menghasilkan video itu dibuat selepas berbincang dengan pengusaha sos pencicah berkenaan. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan masakan:

https://kitareporters.com/search?search=masakan


Katanya, pengusaha itu tidak keberatan untuk menghulurkan sumbangan sebanyak 20 sen bagi setiap botol yang terjual kepada PMDC yang ditubuhkan pada tahun 2015.

"Setelah berbincang dengan pengurusan pondok dan rakan-rakan maka timbul idea untuk menjual sos itu dengan menghasilkan video yang bertemakan masakan ikan dan cara pengunaan sos itu dalam masakan," katanya yang merupakan siswazah Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2014 . 


Nur Azwadiey Rosli (kanan) sedang menyediakan ikan untuk dimasak



Anak keempat daripada lima beradik yang berhijrah ke Kedah untuk mengajar di PMDC ini mahu menunjukkan bahawa sos yang dihasilkan oleh pengusaha bumiputera ini sesuai dihidangkan bersama semua jenis makanan dan juga boleh dijadikan penambah rasa dalam apa juga masakan.


Sos pencicah hasil keluaran bumiputera.


Ikan yang telah dimasak dicampurkan dengan sos pencicah.


Nur Azwaadiey berkata proses menyediakan video ini mengambil masa empat jam kerana perlu teliti dalam semua aspek dari pembelian ikan, bawang, cili, pisau yang tajam dan peralatan untuk proses menyediakan ikan sehingga ke proses hidangan. 

"Harapan saya dan pihak pengurusan PMDC bukan sahaja ibu bapa yang membeli sos ini, malah penduduk setempat atau dari seluruh negara boleh mendapatkannya, sekali gus membeli sambil membantu institusi pondok," katanya ketika ditemui.


PMDC yang menawarkan pengajian agama.


PMDC yang ditubuhkan pada 2015 ini mempunyai 130 pelajar yang mengikuti pengajian Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan juga subjek lain antaranya Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris. - KitaReporters 

Aktiviti PMDC.


Aktiviti Pengajian.

You will be interested

Aktiviti susuri Sungai Setiu! Janjikan keindahan alam flora, fauna! Produk unik pelancongan!

Menyusuri Sungai Setiu dengan naik bot janjikan ketenangan dan kedamaian selain nikmati keindahan alam flora dan faunanya. Dapat juga lakukan aktiviti memancing

Video| Peluang sorot kehidupan kartunis Lat di Rumah Lat dan Galeri! Dijadual dibuka Jun ini!

Dua bangunan siap di Batu Gajah, satu rumah tradisional Perak daripada kayu wakili rumah Lat dan satu, bangunan moden, konkrit berkaca berfungsi sebagai galeri
Rashidah Ibrahim in Selera Santai 17 hours ago

Hobi jadi sumber pendapatan keluarga! Hasbullah patuhi SOP Covid-19 bawa pemancing di Semporna!

Hasbullah Azizan bersyukur dapat manfaatkan hobi memancing hujung minggu bagi tambahkan pendapatan keluarga dengan jadi penganjur aktiviti memancing di Semporna
Rosdi Ismail in Selera Santai 2 days ago

Kuah Rojak D'Dapoq! Merecik sampai ke Australia! Tahniah pelajar PPKI SMK Dulang, Yan, Kedah!

Kuah Rojak D'Dapoq dihasilkan pelajar Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Dulang, Yan dengan sokongan koperasi sekolah berjaya dipasarkan hingga ke Australia
Samsudin Oli Mohamed in Selera Santai 3 days ago

Video| Nasi Goreng Tocher Tocher masakan Sisca Kohl tular! Sepinggan harganya cecah Rp200 juta

Sisca Kohl dan Aliyyah Kohl belanjakan Rp400 juta (kira-kira RM113,000) untuk dua pinggan Nasi Goreng Tocher Tocher. Harga termasuk gerai jualan nasi goreng itu
Isa Ramli in Selera Santai 6 days ago