Selera & Santai 14 Jul, 2020

Sisi gelap durian! Bahaya untuk pesakit kronik buah pinggang

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

“KALAU tak makan durian, bukan orang Malaysialah!” Sering kali kita mendengar orang yang tidak makan durian dipersenda sedemikian. Pada hal dah memang tak makan, nak buat macam mana lagi. Takkan nak sumbat masuk ke dalam mulut sampai muntah! : KitaReporters

Durian menjadi kegemaran ramai walaupun harganya kini melambung tinggi. - Kredit foto: Google Image


Ya, diakui buah durian sememangnya raja buah yang dikenali seantero dunia. 

Walaupun orang Barat menganggap durian sebagai buah paling busuk, namun buah tersebut tetap terkenal di seluruh dunia. 

Bagi yang menggemari buah durian, buah itulah yang paling enak yang pernah ada di muka bumi ini. 

Permintaan terhadap raja buah ini sentiasa mendapat sambutan hangat bukan sahaja di Malaysia tetapi sehingga ke negara luar seperti China.

Jadi tidak hairanlah harganya kini melambung tinggi mengalahkan harga emas. Walaupun harganya tinggi, orang ramai tetap memburunya bagi memenuhi kehendak anak tekak.

Kredit foto: FB @makanmakandurian 


Namun, tahukah di sebalik keghairahan orang ramai menikmati kelazatan buah durian, ada sisi ‘gelap’ tentang buah tersebut yang terlepas pandang.

Menurut pakar buah pinggang, Dr Rafidah Abdullah, durian sangat berbahaya untuk pesakit kronik buah pinggang kerana ia mengandungi garam yang tinggi.


Dr. Rafidah berkongsi informasi yang sangat bermanfaat itu dalam Twitternya memandangkan kegilaan masyakarat sekarang yang terlalu berlebihan menjamah isi raja buah itu.

“Durian, adalah buah-buahan yang sangat tinggi kandungan potassiumnya. Sangat bahaya untuk pesakit kronik buah pinggang. Jantung boleh berhenti.

“Potassium adalah garam dalam badan. Kebanyakannya berada di dalam sel-sel badan. Normal adalah antara 3.5 - 5.0 (mengikut makmal).

“Jika tinggi, ritma jantung akan bermasalah. Berikut adalah bacaan ECG normal. Makin tinggi potassium, makin tak normal ECG.


“Potassium berlebihan dikumuhkan oleh buah pinggang. 

"Jadi jika fungsi buah pinggang tidak normal, penyingkiran potassium akan terjejas. Sebab itu, masalah ritma jantung boleh bermasalah,” jelasnya.


Tak salah untuk makan buah durian, tetapi biarlah berpada-pada. 

Buat pesakit kronik buah piggang, elakkan makan buah durian. Masih banyak lagi buah-buahan yang sesuai untuk anda! 

Malah pesakit kencing manis juga elakkan daripada makan berlebihan buah durian kerana ia juga mengandungi kandungan gula yang tinggi. - KitaReporters


1
0
1
0
1
You will be interested