MENJALANI kehidupan sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti bersifat riadah kini bukan lagi perkara asing, bagi yang mementingkan kesihatan. Pantang ada masa terluang pasti diisi dengan aktiviti bermanfaat. Bukan sahaja kerana dapat bertemu kawan-kawan ketika menyertai, tetapi lebih penting dapat mengekalkan kesihatan diri. : Kitareporters
SEORANG peserta bersembunyi di atas pokok bagi mengelak disondol babi hutan ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Cikuray, Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini. - Kredit foto: @makassar_iinfo.
Lagi cerita-cerita berkaitan mendaki:
https://kitareporters.com/search?search=mendaki
Malah aktiviti mendaki gunung dan bukit kini semakin digemari tidak kira yang muda mahupun veteran, dan biasanya aktiviti riadah ini dilakukan berkumpulan terutama cuti hujung minggu mahu cuti umum.
Tapi apa yang akan berlaku jika anda ‘bertemu’ dengan binatang liar ketika menyertai riadah di puncak gunung berkenaan. Pasti tak cukup tanah nak larikan?
Itulah pengalaman berharga bagi sekumpulan pendaki muda dari Indonesia baru-baru ini, apabila aktiviti mendaki gunung itu bertukar mimpi ngeri apabila sekumpulan pendaki muda terserempak dengan seekor babi hutan.
@makassar_iinfo : Ada yang punya pengalaman dibegal bagas (babi ganas) saat mendaki Gunung?
Video salah satu bagas yang nyegat para pendaki di kawasan Gunung Cikuray, Garut - Jawa Barat sampai beberapa pendaki terpaksa naik pohon 😁
Alamak!!!
Menerusi perkongsian video dalam Instagram
@makassar_iinfo, kejadian mendebarkan itu dirasai sekumpulan pendaki ketika
menyertai program di kawasan Gunung Cikuray, Garut, Jawa Barat, baru-baru ini.
Bayangkan ketika sedang leka menikmati keindahan alam
semasa mendaki anda dikejutkan dengan seekor babi hutan yang kemungkinan sesat
atau kelaparan, apa yang akan terjadi tika itu?
Semestinya cemas dan panik kan?
Itulah juga berlaku kepada sekumpulan pendaki yang disertai beberapa wanita itu yang dikatakan terus menyelamatkan diri masing-masing.
Malah mereka terus memanjat pokok sambil ‘membisukan’
diri semata-mata tidak mahu mengganggu binatang tersebut.
Lebih kelakarnya semuanya kelihatan memanjat pokok
bagi ‘memberi laluan’ kepada penghuni hutan berkenaan.
Kalau yang tak tahu memanjat pun pasti menjadi pro sekelip mata apabila berdepan saat getir ni kan?
Malah turut kelihatan dalam video berkenaan, walaupun
semua peserta menggalas beg yang berat namun disebabkan ketakutan melampau
mungkin mereka tidak merasakan beban yang digalas berkenaan.
Hebat tul kan?
Benarlah kata pepatah bila terdesak semua boleh jadi.
Inilah buktinya… walaupun berat tapi pasti mereka tidak
terasa memandangkan saat itu keselamatan adalah lebih penting.
Syukurlah semuanya selemat selepas beberapa minit ‘bersembunyi’
di atas pokok berkenaan selepas memberi laluan ‘VIP’ berkenaan.
Lain kali kena tinjau dulu selamat ke tidak baru boleh mendaki ye. - KitaReporters