HASRAT seorang individu untuk menikmati hidangan telur penyu yang dibeli sebelum ini terbantut selepas mendapati telur yang dibeli dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) menetas dan menjadi anak penyu. Individu berhati mulia itu kemudian tidak sampai hati untuk menjamah telur-telur tersebut walaupun masih ada baki telur yang belum menetas. : KitaReporters
TELUR penyu yang dibeli dalam tempoh PKP lalu, namun terlupa untuk menjamahnya sehingga menetas menjadi anak penyu. - Kredit foto: Twitter @pelf81
Dia kemudian menyerahkan kesemua telur penyu berkenaan kepada Pengasas Bersama Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu Malaysia (TCS), Dr Chen Pelf Nyok untuk dilepaskan ke lautan dan dijaga semula.
Dr. Pelf Nyok menerusi akaun Twitternya @pelf81 berkongsi kisah tersebut.
Katanya, individu
berkenaan membeli 10 biji telur penyu tersebut pada bulan Ramadan dalam tempoh
PKP lalu, namun terlupa untuk menikmati.
Malah si pembeli
berkenaan hanya membiarkan haiwan marin berkenaan di atas sebuah rak di
kediamannya.
Nasib le… dia lupa
kalau tak semakin pupus haiwan marin tersebut.
Namun selepas hampir
dua bulan berlalu dia menyedari tiga daripada telur penyu berkenaan menetas, manakala tujuh lagi masih kekal.
TIGA anak penyu selamat dilepaskan semula lautan dan memberikan peluang untuk hidup secara bebas.
Perkongsian
berkenaan mendapat reaksi positif daripada pengikut dan masing-masing
menzahirkan tahniah kepada pembeli kerana masih berhati perut.
Nasib si pembeli
masih berhati mulia untuk menyerahkan anak penyu ke tempat yang sepatutnya dan
memberi peluang si penyu terus hidup semula di lautan.
Menurut Dr. Pelf Nyok,
penyu akan menetas dan mampu untuk hidup sekiranya kita memberi mereka peluang
kepada haiwan tersebut.
Namun, telur
tersebut mampu bertahan sehingga tempoh matang untuk menetas.
Malah beliau
mengakui ini merupakan kes kedua mengendalikan kes seperti itu.
DR. PELF berkongsi penyu akan menetas dan mampu untuk hidup sekiranya kita memberikan mereka peluang.
Sebelum ini, Dr. Pelf Nyok berkata, pernah menerima anak penyu daripada seseorang selepas telur berkenaan menetas di tempat letak keretanya berikutan dibiarkan selama dua bulan kerana terlupa menjamahnya.
Semoga penjualan
telur penyu terus dikawal demi mengelak haiwan marin itu pupus.
Terima kasih Dr. Pelf! Kerana menyelamatkan dan memperjuangkan nasib penyu yang semakin berkurangan di bumi ini. - KitaReporters
DR. CHEN PELF NYOK pernah mengendalikan dua kes sama mengenai telur penyu yang menetas selepas lupa menjamahnya.