Selera & Santai 31 Dec, 2022

Video| Mak cik ni sabar, cekal! Teruskan jualan walaupun diuji gerai diserang orang tidak dikenali!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


KISAH seorang peniaga gerai menjual nasi lemak yang diserang oleh orang yang kurang waras sehingga makanan berterabur di tepi jalan telah menarik perhatian orang ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang bernama @haa_kim59, kelihatan seorang mak cik dengan wajah sayu tetap meneruskan berniaga makanan yang masih selamat demi mencari rezeki.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan nasi lemak


“Seperti biasa setiap pagi saya akan pergi ke kedai kakak ini untuk membeli nasi lemak.

“Tetapi pagi ini apabila kakak ini ingin membuka gerai datang seseorang dengan kereta mengambil makanan lalu melempar kepada gerai mereka. Allahuakhbar,” katanya.

Meninjau dalam ruangan komen, netizen turut berasa simpati dengan dugaan yang menimpa peniaga itu serta mendoakan beliau digantikan dengan rezeki yang lebih luas setelah melalui ujian berat itu.



“Kepada orang yang melempar rezeki itu, moga Allah memberi petunjuk hidayah buatnya. Buat kakak yang berniaga insyaallah Allah aka menggandakan rezeki buatmu,” doa @LynnaLin74.

“Minta-minta rezeki kakak selepas inu melimpah ruah” tulis @missr8337.

“Rezeki kakak sudah tertulis. Yang menganiaya kakak ini malaikat juga sudah tulis juga. Allah jadi saksi. Semoga kakak sabar dan kuat semangat ya. Insyaallah rezeki lebih baik sebelum ini, ameen,” jelas @MassitahSujud. - KitaReporters 


15
10
0
8
0
You will be interested